Baby Naail Selamat Terima Suntikan Ubat Zolgensma RM9.8 Juta Semalam

baby naail zolgensma

Baby Naail Selamat Terima Suntikan Ubat Zolgensma RM9.8 Juta Semalam

Seorang bayi berusia 10 bulan, Wan Muhammad Naail Wan Aslam atau ‘Baby Naail’ yang menghidap penyakit Spinal Muscular Athropy (SMA) Type 1 selamat menjalani suntikan ubat Zolgensma bernilai RM9.8 juta semalam.

Difahamkan, Baby Naail menerima suntikan itu di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) semalam sebagai usaha merawat penyakit ‘jarang berlaku’ berkenaan.

Dalam satu perkongsian Siti Norraihan Mohd Amin (@raihanaminz) di Instagram, dia meluahkan rasa syukur apabila anaknya menerima suntikan tersebut selain urusan dipermudahkan.

“Alhamdulillah ya Allah, selesai semuanya.

“Nanti kita muat naik video Naail. Terima kasih tak terhingga atas doa daripada kalian selama ini. Alhamdulillah Allah permudahkan semuanya.

“Asbab ubat Gene Therapy ini, semoga Naail kembali sihat dan progress semakin baik hari demi hari insyaAllah mudah mudahan dengan izinNya,” tulis kapsyen itu.

Dia turut mengambil peluang berterima kasih kepada pihak Misi Rakyat kerana membantu mengumpulkan dana sejak 13 April lalu untuk membolehkan anaknya mendapatkan suntikan ubat jenis Gene Therapy Zolgensma.

Dalam pada itu, dia juga memuat naik video baby Naail di InstaStory (Igs) selepas suntikan itu diberikan kepadanya.

Kredit: @raihanaminz/Instagram

Dia turut berkongsi keadaan Baby Naail pada hari ini yang dilihat sedang menunggu masa untuk dibenarkan keluar daripada hospital di Igs.

Kredit: @raihanaminz/Instagram

Founder Misi lawat baby Naail

Sementara itu, pengasas Misi (@foundermisi), Faiz menerusi TikTok juga mengambil peluang untuk melawat Baby Naail selepas suntikan itu diberikan.

Dalam satu klip yang dimuat naik, pengasas Misi tersebut menunjukkan momen-momen semasa Baby Naail menerima suntikan itu di dalam bilik wad.

Kredit: @foundermisi/TikTok
Kredit: @foundermisi/TikTok

Dia merakam detik-detik penting semasa doktor dan ibu bapa Baby Naail melakukan persiapan untuk melakukan suntikan tersebut.

Katanya, prosedur tersebut memakan masa selama satu jam bagi memberikan suntikan kepada Baby Naail.

BACA: Pengasas Misi Sumbangan Adik Naail Jelaskan Langkah Seterusnya Lepas Berjaya Kumpul 9 Juta

Reaksi warga maya

Rata-rata warga maya tersentuh dan berasa sebak dengan video yang memaparkan keadaan Baby Naail.

Mereka turut menitipkan doa buat Baby Naail sekeluarga agar penyakit itu disembuhkan kembali oleh yang Maha Kuasa.

“Ya Allah, menitis air mata aku bila tengok Baby Naail senyum,” kata salah seorang warga maya.

“Ya Allah Kau sembuhkanlah baby ini sepenuhnya,” ujar seorang pemberi komentar.

“Semoga cepat sembuh dan membesar dengan sihat Baby Naail,” doa seorang lagi warga maya lain.

Terdahulu, Misi Rakyat berjaya mengutip dana sebanyak RM9,805,905 untuk membiayai rawatan dan ubat untuk Baby Naail.

Bapa, Wan Aslam Zakaria, memaklumkan Baby Naail disahkan menghidap penyakit SMA Type 1 ketika berumur empat bulan yang menyebabkan ototnya merosot hingga sukar menelan air liur sendiri, selain memerlukan bantuan mesin pernafasan, mesin penyedut kahak dan meminum susu menggunakan tiub melalui hidung.

@foundermisi

Apa perasaan anda? Dan jangan terlepas pesanan terakhir

♬ original sound – Founder Misi – Founder Misi

Sumber: Founder Misi/TikTok, @raihanaminz/Instagram

The post Baby Naail Selamat Terima Suntikan Ubat Zolgensma RM9.8 Juta Semalam appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*