Tak Pulang Rumah Sejak 12 Mac, Sekolah & Ibu Minta Bantuan Tolong Kesan Anak

Pelajar Dari SK Perempuan

Tak Pulang Rumah Sejak 12 Mac, Sekolah & Ibu Minta Bantuan Tolong Kesan Anak

Seorang pelajar perempuan Sekolah Kebangsaan Perempuan Pudu 1 (SKKP1) dilapor tidak pulang ke rumah sejak beberapa hari lepas.

Susulan itu, sekolah berkenaan melalui laman Facebooknya telah meminta bantuan orang ramai untuk mengesan pelajar berkenaan, Siti Dhia Batrisyia bt Mohd Chairil.

“Dukacita dimaklumkan bahawa seorang murid dari SK Perempuan Pudu 1 yang bernama Siti Dhia Batrisyia bt Mohd Chairil Anuar telah didapati tidak pulang ke rumah sejak 12/3/2024,” kata sekolah berkenaan.

Menurut hantaran itu lagi, orang ramai yang mempunyai maklumat kehilangan pelajar berkenaan, boleh memaklumkan kepada pihak sekolah atau guru-guru SKKP1.

“Anda (juga) boleh menghubungi ibunya di talian 012-641 1600,” kata sekolah itu lagi.

Di akhir hantaran itu, sekolah berkenaan berharap adik Dhia ditemui dalam keadaan selamat dan sihat.

BACA: Pembukaan Kantin Sekolah Di Bulan Ramadan, Ini Hukum Berkaitan Dijelaskan Mufti WP

Sumber: SK Perempuan Pudu 1 via Facebook

The post Tak Pulang Rumah Sejak 12 Mac, Sekolah & Ibu Minta Bantuan Tolong Kesan Anak appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*