Isu Viral 10 Paket Sos, McDonald’s Malaysia Buat Laporan Polis

10 sos mcdonald's tidak benar

Isu Viral 10 Paket Sos, McDonald’s Malaysia Buat Laporan Polis

McDonald’s Malaysia hari ini mengeluarkan satu kenyataan berhubung kejadian tular sos cili peket melibatkan seorang pelanggan dengan staf cawangannya di McDonald’s Taman Buaya.

Kenyataan tersebut telah dimuatnaik di halaman Facebook kira-kira 7.00 malam tadi.

Menurut McDonald’s Malaysia, pihaknya memandang serius insiden tersebut dan kenyataan media berkenaan dimuat naik sebagai penjelasan.

”Selepas melakukan siasatan dalaman dan memeriksa CCTV, kami mendapati berlaku terlepas pandang di pihak kami apabila pelanggan tersebut tidak dibekalkan dengan sos cili peket yang mencukupi.

“Kakitangan kami kemudiannya telah menyediakan sos cili peket tambahan dengan segera apabila diminta oleh pelanggan,” menurut kenyataan itu.

Pelanggan bertindak agresif terhadap staf dan meminta untuk dirinya ‘dicaj’ atas pembelian 10 paket sos cili

Walau bagaimanapun, McDonald’s Malaysia mendakwa pelanggan berkenaan tidak berpuas hati dan bertindak agresif secara lisan terhadap kakitangannyaa.

“Pelanggan tersebut berkeras hendak membayar 10 paket sos cili tambahan itu dan mendesak kru kami untuk mengeluarkan resit atas pembelian berkenaan.

”Walaupun kakitangan kami sudah menjelaskan bahawa sos cili tambahan itu diberikan secara percuma, pelanggan berkenaan tetap berkeras mahu dikenakan caj ke atas 10 peket sos cili tersebut,” menurut McDonald’s Malaysia lagi.

Justeru, McDonald’s Malaysia berasa sangat kecewa dengan tindakan pelanggan tersebut, yang didakwa bukan sahaja agresif terhadap kakitangannya, malah menyebarkan maklumat tidak benar di media sosial.

Sehubungan itu, McDonald’s Malaysia telah membuat laporan polis berkenaan insiden terbabit. Tindakan ini adalah untuk menjamin keselamatan stafnya.

“Kami ingin menegaskan bahawa McDonald’s Malaysia menawarkan sos cili kepada semua pelanggannya tanpa sebarang kos tambahan.”

Pada akhir kenyataannya, McDonald’s Malaysia menegaskan pihaknya memandang tinggi kru-krunya yang dianggap sebahagian daripada petugas barisan hadapan (frontliners).

“Kesejahteraan dan kebajikan mereka adalah keutamaan kami.”

BACA: Ada Tupat Sotong, Beef Skewer & Banyak Lagi, Lelaki Nekad Jual Lokching Lain Dari Yang Lain

Sumber: McDonald’s via Facebook 

The post Isu Viral 10 Paket Sos, McDonald’s Malaysia Buat Laporan Polis appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*