PETRONAS Diiktiraf Jenama Minyak & Gas Paling Kuat Di Dunia Pada 2024

PETRONAS JENAMA PALING KUAT

PETRONAS Diiktiraf Jenama Minyak & Gas Paling Kuat Di Dunia Pada 2024

Sumber minyak mentah dan gas asli merupakan satu keperluan dalam kehidupan manusia. Seperti yang kita semua sedia maklum, minyak dan gas menjadi penyumbang tenaga utama yang memacu kemajuan sesebuah negara.

Secara ringkasnya, negara yang memiliki industri minyak dan gas yang kukuh, akan memperlihatkan perkembangan ekonomi yang lebih baik.

Misalnya di Malaysia, kita ada Petroleum Nasional Berhad atau PETRONAS, iaitu jenama tempatan yang menjadi kebanggaan semua.

Kecemerlangan berterusan yang ditunjukkan PETRONAS selama ini menyaksikan syarikat itu terus mendapat pengiktirafan global.

Terbaharu, Brand Finance mengiktiraf PETRONAS sebagai jenama minyak dan gas paling kuat/kukuh di dunia pada 2024.

Pengiktirafan tersebut diberikan melalui satu laporan yang diterbitkan Brand Finance di laman web mereka baru-baru ini.

Menurut Brand Finance, PETRONAS yang mendapat penarafan AAA berjaya mencatatkan skor sebanyak 87.7 mata dalam Indeks Kekuatan Jenama (BSI), untuk muncul sebagai peneraju senarai itu.

10 jenama minyak dan gas terkuat di dunia

Dalam pada itu, PETRONAS juga berjaya muncul dalam senarai 10 jenama minyak dan gas paling bernilai di dunia pada 2024.

Menurut Brand Finance Directory, jenama PETRONAS dianggarkan bernilai sebanyak USD 14.561 bilion (USD1/RM4.7215) untuk berada di tangga ke-10 pada 2024.

Nilai jenama kebangsaan rakyat Malaysia itu mencatatkan kenaikkan sebanyak 15 peratus, berbanding nilai yang dicatatkan pada 2023 iaitu sebanyak USD12.712 bilion.

Sementara itu, syarikat pengeluar minyak gergasi United Kingdom (UK), jenama Shell yang dianggarkan bernilai USD50.32 bilion muncul sebagai jenama minyak dan gas paling bernilai di dunia pada 2024.

Kedudukan berkenaan kemudian diikuti Aramco (Arab Saudi) dengan nilai USD41.562 bilion dan PetroChina (China) dengan USD28.5 bilion.

Satu lagi syarikat pengeluar minyak di China, Sinopec menduduki tangga ke-4 dengan nilai sebanyak USD26.65 bilion dan diikuti BP (United Kingdom) di tangga ke-5 dengan nilai sebanyak USD18.53 bilion.

Manakala kedudukan ke-6 dan ke-7, diungguli oleh syarikat oleh syarikat TotalEnergies (Perancis) serta Equinor (Norway), masing-masing dengan nilai USD17.0 bilion dan USD16.75 bilion.

ADNOC (UAE) kekal di kedudukan ke-8 dengan USD15.26 bilion, manakala syarikat pengeluar minyak dari Amerika Syarikat, Chevron berada di kedudukan ke-9 dengan USD14.80 bilion.

Secara keseluruhan, jenama-jenama yang mengisi kedudukan 10 teratas senarai berkenaan tidak berubah berbanding 2023.

BACA: Kekalahan Kepada Oman Bukan Pengakhiran – Pan Gon

Sumber: Brand Finance

The post PETRONAS Diiktiraf Jenama Minyak & Gas Paling Kuat Di Dunia Pada 2024 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*