Muhammadiyah Umum 1 Syawal Di Indonesia Jatuh Jumaat Ini

muhammadiyah 1 syawal

Muhammadiyah Umum 1 Syawal Di Indonesia Jatuh Jumaat Ini

Pimpinan Pusat (PP) Muhammadiyah di Indonesia telah mengumumkan 1 Syawal 1444 Hijrah (H) di negara itu jatuh pada Jumaat, 21 April ini.

Seperti yang dilapor CNBC Indonesia, penetapan itu dibuat berdasarkan Hisab Hakiki Wujudul Hilal yang berpandukan Majlis Tarjih dan Tajdid.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua PP Muhammadiyah, Prof Dr. H. Syamsul Anwar melalui acara yang disiarkan secara langsung di saluran Youtube rasmi PP Muhammadiyah pada Isnin, 6 Februari.

Sebelum ini, dalam acara itu, beliau turut mengatakan bahawa 1 Ramadan bertetapan dengan 23 Mac lalu dan 1 Zulhijjah akan bermula pada 19 Jun depan.

Hasil hisab menunjukkan bahawa pada hari Isnin, 29 Syaban bersamaan dengan 21 Mac lalu, ijtima’ menjelang Ramadan masih belum bermula.

Menurutnya, ijtima’ akan berlangsung keesokan harinya, iaitu pada Rabu, 30 Syaban atau 22 Mac pada 12.25 tengah malam waktu Indonesia.

Hilal telah muncul ketika matahari terbenam di Yogyakarta dan bulan berada di atas ufuk di seluruh wilayah Indonesia ketika matahari terbenam ketika itu.

“Justeru, hari Arafah jatuh pada Selasa, 27 Jun dan Aidiladha pada 28 Jun depan,” ujarnya.

BACA: Penentuan Tarikh 1 Syawal Guna Kriteria Imkanur Rukyah – Ahli Falak

Untuk makluman, Muhammadiyah menetapkan awal bulan Qamariah termasuk Ramadan, Syawal dan Zulhijjah bukan berdasarkan pada penampakan anak bulan.

Namun ia berdasarkan kedudukan geometri langit seperti Matahari, Bumi dan Bulan, sebagaimana yang dijelaskan oleh Syamsul Anwar.

“Jadi tidak kira nampak atau tidak, yang penting kedudukan geometrinya sudah dipenuhi,

“Itu kaedah penentuan yang dinamakan Hisab Wujud Hilal,” jelasnya.

Bagi Ramadan misalnya, syarat pertama ialah ijtima’ telah berlaku. Ijtima’ bermaksud bulan telah mengelilingi bumi dalam satu putaran sinodik, putaran untuk Ramadan dicapai pada 22 Mac 2023.

“Satu, ijtima’ telah berlaku, kedua ijtima’ sebelum terbenam matahari, dan ketiga apabila matahari terbenam bulan masih di atas ufuk dan belum terbenam.

“Maka syarat ini dipenuhi pada Rabu, 22 Mac 2023. Oleh itu 1 Ramadan jatuh pada Khamis, 23 Mac,” katanya.

BACA: Pengumuman Tarikh 1 Syawal: Umat Islam Diingat Rujuk Sumber Rasmi – Fahmi Fadzil

Tular di media sosial

Sementara itu, satu rakaman klip berhubung acara itu telah tular di media sosial dan menimbulkan persoalan dalan kalangan warga maya.

Dalam rakaman tersebut, Ketua Umum PP Muhammadiyah  Prof. H. Haedar Nashir memaklumkan mengenai tarikh Syawal, Ramadan dan Arafah.

Namun, masyarakat Malaysia diingatkan untuk sentiasa bertenang dan mengikuti ketetapan mufti berkaitan dengan tarikh Aidilfitri.

Terdahulu, media melaporkan penentuan tarikh sambutan Hari Raya Aidilfitri di negara ini berdasarkan kriteria apabila kenampakan anak bulan berada pada ketinggian tiga darjah dan 6.4 lengkungan yang dicerap pada 29 Ramadan setiap tahun.

Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Prof Madya Dr Luqman Abdullah berkata di Malaysia penentuan tarikh Hari Raya adalah melalui kaedah gabungan antara ilmu Hisab (kiraan) dan Rukyah (anak bulan) atau lebih dikenali Imkanur-Rukyah iaitu menepati kadar tinggi hilal dan jarak lengkung antara hilal (sabit pertama selepas ijtima’) dan matahari.

@alisubchi1

Mungkin erbeda dengan Pemerintah, PP Muhammadiyah nemutuskan Iedul Fithri 1 Syawwal 1444 H, jatuh pada hari Jum’at tanggal 21 April 2023.. Ramadhan tahun ini 29 hari. #muhammadiyah #idulfitri2023

♬ suara asli – Doel Kepil – Doel Kepil

Sumber: CNN Indonesia, @alisubchi1/TikTok

The post Muhammadiyah Umum 1 Syawal Di Indonesia Jatuh Jumaat Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*