Izzue Islam Akui Isteri Penyebab Kejayaan, Mahu Mati Bersama

isteri izzue islam

Izzue Islam Akui Isteri Penyebab Kejayaan, Mahu Mati Bersama

Pelakon Izzue Islam mengakui isterinya adalah tulang belakang dan penyebab kepada kejayaan yang dikecapinya sepanjang bergelar anak seni.

Dalam satu temu bual yang dihoskan Datuk Rosyam Nor, Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan berkata dia tidak dapat membayangkan hidup tanpa isterinya, Awin Nurin yang juga merangkap pengurusnya.

“Benda ini betul, saya memang tidak boleh hidup tanpa dia (isteri).

“Apa yang orang luar nampak sekarang ini, yang ada pada saya bukan usaha saya seorang.

“Kalau isteri saya tiada, saya bukanlah Izzue Islam yang semua orang kenal,” ujarnya yang gagal menahan sebak.

Gambar: @izzueislam09/TikTok

Rosyam yang menyaksikan air mata jantan Izzue Islam itu jatuh mula bertanya tentang kemungkinan yang akan terjadi pada masa hadapan.

“Macam mana kalau tiba-tiba satu hari nanti Ilahi panggil dia (isteri) dulu daripada kau,” tanya Rosyam.

Pertanyaan itu membuatkan Izzue lebih sebak dan mengatakan bahawa ia adalah sesuatu yang tidak dapat dibayangkan olehnya.

Ujar Izzue persoalan itu pernah dibincangkan bersama Awin namun dia masih tidak dapat membayangkan kehidupannya tanpa isteri yang dicintainya.

“Saya tidak boleh bayangkan. Saya pernah borak dengan dia, saya cakap ‘Kalau mati boleh tak kita mati sama-sama?’ Sebab saya tak boleh nak bayangkan hidup tanpa dia,” jelasnya.

BACA: Isteri Daim Didakwa Tidak Isytihar Harta

Tidak pernah tinggal isteri ketika penggambaraan

Izzue turut menceritakan satu kejadian yang membuatkan dirinya tidak tentu arah kerana Awin tidak berada di hadapannya.

Tambahnya, dia akan membawa Awin di setiap penggambaraan meskipun isterinya tidak sihat kerana baginya lebih baik sakit di hadapannya berbanding di tempat yang tidak dapat dilihat olehnya.

“Saya tidak tahu di depan hari (masa akan datang) macam mana kalau saya satu hari hidup betul-betul tiada dia (isteri).

“Saya pernah satu hari pergi shooting, dia (isteri) tiada, dia demam saya lost dan tak tahu kenapa.

“Lebih baik dia demam depan mata saya, saya bawa pergi klinik (biarkan) dia duduk dalam kereta dan berehat,” tambahnya.

Menceritakan kembali, Izzue berkata ketika dunia dilanda wabak COVID-19 dia sering hidup dalam ketakutan kerana bimbang dan takut isterinya pergi meninggalkannya selama-lamanya.

“Kalau Tuhan ambil saya dahulu tidak mengapa sebab saya tahu dia boleh hidup tanpa saya. Dia seorang wanita yang berdikari.

“Tapi kalau Allah jemput dia macam mana?” tangisnya.

Selepas mendengarkan jawapan Izzue, Rosyam Nor menyifatkan itu adalah perasaan cinta yang sebenar.

Jawapan yang diberikan terbukti menunjukkan Izzue sangat ikhlas menyayangi isterinya bahkan sanggup melakukan apa sahaja demi wanita yang dicintainya berada di sisi.

@izzueislam09

Rasa Sayang Yang Takkan Pernah Berakhir🤍 #izzueislam #awinnurin #fyp #foryou #fypage #fypシ゚viral #fyp #foryourpage #foryoupage #masukberanda #masukfyp #masukberandafyp

♬ original sound – izzueislam09 – izzueislam09

Sumber: izzueislam09/TikTok

The post Izzue Islam Akui Isteri Penyebab Kejayaan, Mahu Mati Bersama appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*