Jabatan Mufti Selangor Beri Bayangan Puasa Genap 30 Hari Tahun Ini

puasa genap 30 hari

Jabatan Mufti Selangor Beri Bayangan Puasa Genap 30 Hari Tahun Ini

Ramadan kali ini meyaksikan beberapa isu mengenai penentuan tarikh 1 Syawal. Pelbagai sumber yang mendakwa bahawa kita bakal berhadapan dengan insiden raya mengejut pada tahun ini lagi.

Namun, pihak berkuasa tidak mengesahkan maklumat-maklumat berkenaan malah menyeru orang ramai untuk mengambil maklumat daripada sumber yang sah.

Sebelum ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah membuat beberapa penafian mengenai dakwaan dan desas-desus ‘raya mengejut’ mungkin berlaku lagi sekali pada tahun ini.

Pada 31 Mac lalu, JAKIM mengingatkan umat Islam agar tidak membuat sebarang andaian ‘Raya Mengejut’ pada tahun ini. Pihaknya turut meminta orang agar menghormati ketetapan yang dibuat oleh Majlis Raja-Raja berkenaan penentuan tarikh sambutan tersebut.

mufti selangor isu 1 syawal

BACA: Jangan Buat Andaian ‘Raya Mengejut’ Tahun Ini, Hormat Ketetapan Majlis Raja-Raja

Tidak lama kemudian, JAKIM sekali lagi memuat penafian terhadap kenyataan yang dibuat oleh pihak tertentu berhubung penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 1444H /2023M.

Menerusi satu perkongsian di akaun Facebook JAKIM menjelaskan bahawa penetapan tarikh tersebut bukan dibuat oleh pihaknya.

Sekali lagi, JAKIM berharap orang ramai menghormati proses penetapan tarikh perayaan berkenaan.

mufti selangor 1 syawal

BACA JUGA: JAKIM Nafi Keluarkan Ketetapan Tarikh Hari Raya

Jabatan Mufti Selangor Beri Bayangan Puasa Genap 30 Hari Tahun Ini

Mesti kalian tertanya-tanya, bagaimana proses penentuan tarikh-tarikh hari kebesaran Islam di Malaysia? Lagi-lagi persoalan, mengapa sambutan hari Raya Aidlifitri di seluruh dunia berlainan, sama ada awal sehari atau lewat sehari.

Bagi menjawab persoalan berkenaan, Jabatan Mufti Selangor telah membuat kenyataan berkenaan isu penentuan tarikh 1 Syawal menerusi hantaran Facebooknya.

Memetik laporan Sinar Harian, pihak berkenaan memberi bayangan awal umat Islam di Malaysia akan berpuasa genap 30 hari pada tahun ini.

Ini bermakna, tahun ini bemungkinan tiada insiden raya mengejut seperti yag berlaku pada tahun lepas.

Ramalan ini bersandarkan analisis hisab atau kiraan awal yang memaparkan hilal Syawal dijangka tidak memenuhi imkanur rukyah atau kriteria penampakan kedudukannya.

Selain itu, agensi tersebut turut melampirkan jadual waktu solat untuk ketiga-tiga zon di Selangor sepanjang bulan ini. Waktu solat tersebut dilampirkan bersama paparan tarikh 30 Ramadan yang diunjurkan pada 21 April, tahun ini.

Berdasarkan data dari Balai Cerap Selangor di Sabak Bernam, altitud atau ketinggian anak bulan dari matahari ialah dua darjah 11 minit.

Sementara elongasi atau jarak lengkung pusat bulan dengan matahari diunjurkan pada kedudukan dua darjah 37 minit. Perkara ini sekali gus, gagal menepati imkanur rukyah yang ditetapkan.

Untuk makluman, kriteria baharu yang mula dipraktikkan sejak 2021 itu, mengkehendaki altitud mesti tidak kurang daripada tiga darjah, manakala elongasi pula harus lebih enam darjah 24 minit.

Sungguhpun begitu, Jabatan berkenaan juga menegaskan bahawa tarikh sebenar bagi 1 Syawal tertakluk pengumuman rasmi Penyimpan Mohor Besar, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

“Ia bergantung hasil laporan daripada 29 lokasi diwartakan oleh Majlis Raja-Raja sejak 1972 yang telah menetapkan kaedah rukyah atau cerapan hilal selain juga kriteria hisab.”

Dalam pada itu, agensi tersebut tidak melihat kesiap siaagan untuk menyambut ketibaan Syawal sebagai satu kesalahan. Malah, pihaknya merasakan tindakan bersiap sedia dalam apa sahaja perkara merupakan satu perbuatan yang angat digalakkan.

“Namun, elakkan daripada kita menyebarkan sesuatu berita yang tidak jelas kebenarannya.”

Pada akhir kenyataan di Facebook, Jabatan Mufti Selangor mengajak umat Islam untuk beramal dan berusaha mencari malam lailatuqadar.

“Marilah kita mengambil peluang dalam bulan Ramadhan ini untuk terus beramal melipatgandakan usaha merebut ganjaran pahala yang telah dijanjikan oleh Allah SWT dan mencari Lailatul Qadr, malam yang lebih baik daripada 1000 bulan.”

BACA: Tinggi Sangat, Waktu Berbuka Puasa Burj Khalifa Berbeza-beza

Sumber: Sinar Harian via Jabatan Mufti Selangor

The post Jabatan Mufti Selangor Beri Bayangan Puasa Genap 30 Hari Tahun Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*