Guna LPT, Lebuh Raya Timur Barat Elak Kesesakan Di Gua Musang – Polis

Guna LPT, Lebuh Raya Timur Barat Elak Kesesakan Di Gua Musang - Polis

Guna LPT, Lebuh Raya Timur Barat Elak Kesesakan Di Gua Musang – Polis

GUA MUSANG, 7 April (Bernama) — Anak Kelantan yang ingin pulang pada sambutan Aidilfitri ini dinasihatkan menggunakan laluan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) atau Lebuh Raya Timur Barat sebagai jalan alternatif untuk mengelak kesesakan yang dijangka berlaku di laluan Gua Musang.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata pihaknya telah bersedia menghadapi pertambahan jumlah kenderaan dalam tempoh dua hingga tiga hari sebelum hari raya berikutan cuti hujung minggu dan cuti tambahan bagi sesi persekolahan.

Beliau berkata sekiranya anak perantau menggunakan kedua-dua laluan yang boleh diakses melalui Terengganu dan Perak itu, keadaan kesesakan lalu lintas di Gua Musang akan terkawal.

“Saya tak mampu nak menjangka berapa banyak kenderaan akan masuk, tetapi pastinya Aidilfitri kali ini lebih ramai akan balik ke Kelantan,” katanya selepas Majlis Penyampaian Rezeki Ramadan dan Majlis Iftar Ramadan bersama warga Ibu Pejabat Polis (IPD) Gua Musang di Dewan Tanjung IPD Gua Musang di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki berkata susulan penutupan jalan bagi tujuan kerja-kerja pemasangan cerucuk jambatan bagi Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) pakej 3B dan 3C, IPD Gua Musang sedang meneliti dua jalan alternatif dari Kuala Lumpur-Kota Bharu-Kuala Lumpur sebagai usaha mencari kaedah mengurangkan kesesakan trafik untuk pengguna jalan raya.

“Saya telah minta Ketua Polis Daerah dan Bahagian Trafik IPD Gua Musang untuk mencari kaedah serta laluan alternatif yang lain untuk melicinkan lagi perjalanan pengguna jalan raya.

“Kemungkinan ada jalan-jalan alternatif yang orang dari luar tak tahu, tetapi orang tempatan tahu supaya dapat melancarkan lagi perjalanan,” katanya.

Muhamad Zaki turut berharap pengguna jalan raya bersabar dengan kerja-kerja pembinaan yang sedang dijalankan kini.

“Untuk mendapatkan kemudahan yang selesa memerlukan sedikit pengorbanan,” katanya.

BACA: Jabatan Mufti Selangor Beri Bayangan Puasa Genap 30 Hari Tahun Ini

Sumber: Bernama

The post Guna LPT, Lebuh Raya Timur Barat Elak Kesesakan Di Gua Musang – Polis appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*