Jakim Sahkan Premis Minuman Herba Hanya Ada Satu Produk Yang Disijilkan Halal

jakim premis minuman herba

Jakim Sahkan Premis Minuman Herba Hanya Ada Satu Produk Yang Disijilkan Halal

Premis minuman herba yang tular baru-baru ini hanya mempunyai satu produk yang disijilkan halal iaitu produk minuman herba bertin, kata Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Bahagian Hab Halal Jakim berkata syarikat berkenaan bukanlah pemegang sijil halal bagi skim premis makanan namun merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) hanya bagi skim produk makanan dan minuman sahaja.

Hasil semakan kami, syarikat bagi premis tersebut bukanlah pemegang sijil halal bagi skim premis makanan.

“Syarikat berkenaan adalah pemegang SPHM hanya bagi skim produk makanan dan minuman sahaja,” katanya.

Difahamkan juga hanya satu produk sahaja yang boleh diambil oleh masyarakat Islam di premis berkenaan.

Produk yang dipersijilkan halal hanyalah produk minuman herba bertin,” kata JAKIM dalam hantaran pada Khamis.

Dalam pada itu, Jakim turut menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil sesuatu yang tidak diyakini halal.

“Para pengguna dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada sebelum memilih sesuatu produk atau premis yang ingin dikunjungi.

“Pastikan produk atau premis tersebut adalah merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah daripada JAKIM,” ujarnya.

Sebelum ini, viral di media sosial berkenaan dengan minuman herba yang dikatakan boleh melegakan penyakit seperti batuk hingga meraih perhatian orang ramai.

Pada ketika ini, orang ramai yang mengalami batuk berterusan melihatkan ia sebagai alternatif untuk mengurangkan rasa yang tidak selesa di tekak.

Susulan itu, ramai yang mula menyebarkan tentang kebaikan herba tersebut kepada umum.

Rata-rata mereka yang telah singgah ke kedai tersebut mula membuat video dan memaparkannya di media sosial.

Sumber: Bahagian Hab Halal, JAKIM/Facebook

BACA: Masjid Al Rahma Liverpool Cari Imam, Tawar Gaji Hampir RM200k

The post Jakim Sahkan Premis Minuman Herba Hanya Ada Satu Produk Yang Disijilkan Halal appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*