Korea Selatan Tawar Elaun RM2,300, Galak Remaja Keluar Rumah & Tak Berkurung

korea selatan elaun remaja hikikomori

Korea Selatan Tawar Elaun RM2,300, Galak Remaja Keluar Rumah & Tak Berkurung

Korea Selatan dilapor menawarkan elaun sara hidup bulanan sebanyak 650,000 won (RM2,300) kepada remaja yang mengalami sindrom ‘hikikomori’.

Elaun berkenaan ditawarkan bagi menggalakkan mereka keluar dan tidak berkurung di rumah masing-masing.

Perkataan ‘hikikomori’ berasal dari bahasa Jepun (引きこもり) yang bermaksud menahan diri ataupun berkurung dari sudut literal.

Manakala, sindrom hikikomori pula bermaksud individu yang memutuskan hubungan dengan dunia luar dengan berkurung di dalam rumah ataupun bilik untuk satu tempoh yang membimbangkan.

Menurut The Guardian, pemberian elaun tersebut merupakan inisiatif daripada Kementerian Kesaksamaan Jantina dan Kekeluargaan negara berkenaan.

Selain pemberian elaun, inisiatif berkenaan turut meliputi sokongan pendidikan, pekerjaan dan kesihatan.

Selain itu, program ini turut menawarkan elaun khas pengalaman kebudayaan kepada remaja.

Menurut kementerian itu, inisiatif ini menyasarkan golongan muda yang berusia sembilan sehingga 24 tahun yang terasing begitu lama daripada kehidupan sosial.

Melalui usaha itu, kerajaan berharap dapat menarik individu yang berdepan dengan sindrom tersebut supaya dapat keluar dan kembali bersosial.

Antaranya seperti kembali bersekolah, berkerja, bersosial di luar dan sebagainya.

Kebanyakan remaja yang mengalami masalah hikikomori mengalami masalah keluarga dan kewangan

Menurut Institut Kesihatan dan Hal Ehwal Sosial Korea, kira-kira 35,000 penduduk yang berusia antara 19 hingga 39 tahun merasa sunyi dan terasing.

Berdasarkan angka yang dikemukakan itu, jumlah tersebut mewakili kira-kira tiga (3) peratus bagi kumpulan umur terbabit.

Kebanyakan kes hikikomori ini melibatkan remaja yang memiliki latar belakang kehidupan yang kurang bernasib baik.

Menurut dokumen kerajaan yang menyentuh isu ini, 40 peratus daripadanya mula mengasingkan diri ketika remaja.

Dokumen itu turut memuatkan beberapa kajian kes yang menggambarkan bahawa remaja yang terkesan menggunakan sikap menyendiri sebagai satu cara untuk mengatasi halangan dalam kehidupan keluarga mereka.

Salah seorang yang berdepan sindrom itu menggambarkan bahawa penyakit kemurungan yang dialaminya berpunca daripada keganasan rumah tangga.

“Ketika saya berumur 15 tahun, keganasan rumah tangga membuatkan saya tertekan sehingga saya mula hidup dalam pengasingan.

“Saya menjadi lesu dan kerap tidur serta tiada pilihan selain hanya makan ketika lapar dan tidur semula,” kata individu tersebut.

Seorang lagi berkata bahawa dia mula menjadi seseorang yang suka mengasingkan diri ketika keluarganya diisytiharkan bankrap.

Justeru, pemberian elaun ini diharap dapat membantu golongan remaja yang terasing supaya dapat kembali dalam masyarakat.

BACA: ‘Terbida’ Sofa RM436 Ribu, “Influencer” Minta ‘Derma’ Dari Pengikut

Sumber: The Guardian

The post Korea Selatan Tawar Elaun RM2,300, Galak Remaja Keluar Rumah & Tak Berkurung appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*