Jalan Kek Chuan Di Pulau Pinang Duduki Tempat Ke-17 Dalam Senarai Jalanan Paling Cantik Di Dunia

Jalan Kek Chuan tempat ke-17

Jalan Kek Chuan Di Pulau Pinang Duduki Tempat Ke-17 Dalam Senarai Jalanan Paling Cantik Di Dunia

Jalan Kek Chuan, Pulau Pinang berjaya dinobatkan sebagai antara jalan paling cantik di dunia oleh majalah House Beautiful.

Berdasarkan majalah tersebut, Jalan Kek Chuan telah menduduki tangga ke-17 dalam 40 jalan yang disenaraikan.

Menurut majalah itu, senarai tersebut dibuat bagi memberikan maklumat kepada pelancong sebagai informasi tambahan untuk mereka apabila melancong kelak.

Pemilihan itu termasuk lorong-lorong yang cantik di mana tarikan sebenarnya adalah pemandangan sekeliling bandar-bandar.

Pemilihan itu juga dibuat berdasarkan kepelbagaian warna pastel, butiran seni bina yang unik dan terpilih sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Justeru, pemilihan 40 jalan yang menarik ini merupakan lokasi yang boleh disenaraikan oleh anda di dalam senarai tempat menarik yang ingin dikunjungi.

“George Town, ibu negeri bagi Pulau Pinang, Malaysia adalah Tapak Warisan Dunia UNESCO dengan seni jalanan yang meriah dan makanan jalanan yang terkenal.

“Jika anda mencari permata seni bina, pergi ke Jalan Kek Chuan untuk melihat dengan teliti kedai-kedai dengan hiasan yang terperinci menggabungkan reka bentuk Timur dan Barat,” tulis majalah House Beautiful itu.

Kredit House Beautiful

Bagi negara di rantau Asia Tenggara, Malaysia berjaya menduduki tangga ke-17 dan diikuti oleh Phuket, Thailand di tangga ke-19.

Dua negara ini antara wakil negara Asia Tenggara yang berjaya memasuki senarai 40 jalanan tercantik itu.

Sementara itu, bagi peringkat Asia pula, Kyoto Jepun telah menduduki tangga ke-10 dalam senarai tersebut.

Negara Asia lain yang tersenarai ialah Sichuan, China di kedudukan ke-21 dan Kairo, Mesir di kedudukan ke-39.

Selain itu, sebuah lagi jalan di Jepun yang berada di Oita sekali lagi memasuki senarai 40 jalan tercantik tersebut.

BACA: 7 Bentuk Bantuan Kerajaan Untuk Golongan Belia, Ramai Yang Tak Tahu

Lima jalanan tercantik di dunia yang yang mengungguli senarai itu dimulakan oleh Symi, Greece di kedudukan pertama.

Ia diikuti oleh Boston, Massachusetts di tempat kedua dan Cape Town, Afrika Selatan di tempat ketiga.

Jalan di Chefchaouen, Morocco pula di tempat keempat dan Aguea, Portugal di kedudukan kelima.

Sumber: House Beautiful

The post Jalan Kek Chuan Di Pulau Pinang Duduki Tempat Ke-17 Dalam Senarai Jalanan Paling Cantik Di Dunia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*