Jalan Utama Felda Selancar, Perwira Jaya Di Rompin Ditutup

felda selancar perwira jaya

Jalan Utama Felda Selancar, Perwira Jaya Di Rompin Ditutup

KUANTAN, 1 Mac (Bernama) — Jalan utama Felda Selancar dan Perwira Jaya, Rompin ditutup di kedua-dua arah selepas jalan itu runtuh akibat limpahan air deras berikutan hujan lebat sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Mohd Azahari Mukhtar ketika dihubungi hari ini berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai keadaan jalan yang terletak berhampiran pondok polis bantuan itu pada 4 pagi ini.

Selain laluan berkenaan, dua lagi jalan di Rompin turut ditutup kepada semua jenis kenderaan akibat dinaiki air awal pagi ini iaitu Jalan Ladang Lam Trading-Ladang Blok 16 dan laluan ke Felda Redong/Segamat di Felda Selancar 3.

Sementara itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Rompin menerusi kenyataan di media sosial memaklumkan penutupan jalan utama Felda selancar dan Perwira Jaya itu dibuat atas faktor keselamatan pengguna jalan raya dan orang ramai boleh menghubungi talian 09-4145040 untuk pertanyaan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan daerah Rompin akan mengalami hujan sepanjang minggu ini.

Laman web publicinfobanjir.water.gov.my pula melaporkan Sungai Pukin di Rompin telah melebihi paras bahaya dengan bacaan 46.59 meter (m) pagi ini.

BACA: Johor Kembali Banjir, Netizen Kongsi Keadaan Terkini Di Setiap Daerah

Amaran banjir di Rompin mulai harini

Semalam, Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan amaran ramalan banjir di beberapa kawasan dalam daerah Rompin yang dijangka berlaku esok (hari ini).

Berdasarkan kenyataan, banjir diramal berlaku jika hujan yang signifikan terus berlaku di Felda Selancar dan kawasan sekitarnya bermula 6 pagi esok disusuli di jambatan Kampung Kedaik serta kawasan sekitarnya dua jam kemudian.

Kawasan lain ialah Kampung Buluh Nipis dan Kampung Rekoh Baru serta kawasan sekitarnya, dengan jangkaan air mulai naik masing-masing pada 6 petang dan 8 malam.

Kawasan Sungai Anak Endau di Rumah Pam Setajam pula dijangka mengalami banjir bermula 8 pagi, Khamis ini.

Semua kawasan banjir ini merupakan kawasan berhampiran Sungai Pukin, Sungai Gayung, Sungai Jeram, Sungai Keratong dan Sungai Anak Endau.

Sumber: BERNAMA

The post Jalan Utama Felda Selancar, Perwira Jaya Di Rompin Ditutup appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*