Operasi LRT Di Enam Stesen Laluan Ampang/Sri Petaling Diberhentikan Mulai Ahad Ini

LRT Ampang/Sri Petaling

Operasi LRT Di Enam Stesen Laluan Ampang/Sri Petaling Diberhentikan Mulai Ahad Ini

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) — Operasi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) di enam stesen LRT laluan Ampang/Sri Petaling, melibatkan stesen Bandaraya, Sultan Ismail, PWTC, Titiwangsa, Sentul dan Sentul Timur, akan diberhentikan bermula 2 April ini.

Rapid Rail Sdn Bhd dalam kenyataan hari ini, memaklumkan ia dihentikan kerana tren digunakan untuk perkhidmatan di antara stesen Bandaraya ke stesen Sentul Timur, tidak dapat lagi memenuhi kriteria pengoperasian yang ditetapkan dan terpaksa dikeluarkan perkhidmatan atas faktor keselamatan.

“Ia susulan daripada kejadian kerosakan struktur dan landasan berhampiran stesen LRT Bandaraya, yang menyebabkan tren tidak dapat kembali ke Depoh LRT di Ampang untuk menjalani kerja-kerja penyelenggaraan sejak 27 Jan lepas.

“Bagi menampung keperluan dan melancarkan perjalanan penumpang yang terjejas, pihak Rapid Rail akan menyediakan perkhidmatan bas ekspres percuma LRT 13 dan LRT 14 bermula Ahad ini, sebagai tambahan kepada perkhidmatan bas LRT 11 sedia ada,” menurut kenyataan itu.

 BACA JUGA: Turun Landasan Ambil Earphone Punca LRT Tergendala 3 Minit

Kenyataan itu memaklumkan kesemua perkhidmatan bas itu akan beroperasi melibatkan 40 buah dan kekerapan antara 10 dan 15 minit pada waktu puncak, bergantung kepada keadaan trafik semasa.

Di samping itu, Rapid Rail Sdn Bhd turut memaklumkan bermula 2 April ini juga, perkhidmatan bas LRT 9 dan bas LRT 10 akan ditamatkan.

“Bagi melancarkan perjalanan, semua perkhidmatan bas ini akan menggunakan laluan bas khas yang disediakan.

“Rapid Rail memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi oleh penumpang. Kami berterima kasih dan menghargai kesabaran penumpang,” menurut kenyataan Rapid Rail itu.

Sumber: BERNAMA

The post Operasi LRT Di Enam Stesen Laluan Ampang/Sri Petaling Diberhentikan Mulai Ahad Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*