James Webb NASA Kesan Kewujudan Air Di Sekitar Komet

Nasa komet air

James Webb NASA Kesan Kewujudan Air Di Sekitar Komet

AMERIKA SYARIKAT —  Teleskop Angkasa milik Jabatan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA), James Webb dilaporkan menemui air di lingkaran sebuah komet yang jarang ditemui di antara Musytari dan Marikh, lapor Space.com.

Difahamkan, komet yang dikenali sebagai 238P/Read itu merupakan penemuan pertama komet yang mempunyai sumber air (dalam bentuk wap) seperti di planet Bumi.

Nasa Temui Komet Punyai Air Dengan Bantuan Webb

Penemuan itu menggunakan instrumen NIRSpec (Spektrograf Inframerah Dekat) pada teleskop tercanggih NASA.

Salah seorang astronomi dari Universiti Maryland, Michael Kelly, berkata ia merupakan penemuan baharu tentang penyimpanan air di dalam sistem suria.

Gambar:

Menariknya, komet 238P/Read disahkan menyimpan wap air tidak seperti komet lain kerana tidak mempunyai karbon dioksida yang boleh dikesan.

Hal ini kerana karbon dioksida membentuk kira-kira 10 peratus daripada bahan yang tidak menentu pada komet tersebut dan dengan mudah disejat oleh haba matahari.

Gambar: NASA, ESA

“Pada masa lalu, kami telah melihat objek dalam lingkaran utama pada semua ciri komet. Namun dengan data spektrum tepat dari Webb, kami dapat mengesahkan. Ya tentunya ais dari air yang mencipta kesan itu.

“Berdasarkan pemerhatian Webb terhadap Komet 238P/Read, kini kami boleh menunjukkan bahawa ais air dari sistem suria awal boleh dipelihara dalam lingkaran asteroid,” kata Kelly.

Susulan itu, pasukan saintis membentangkan dua kemungkinan yang berlaku pada 238P/Read kerana kekurangan karbon dioksida. Salah satu kemungkinan yang terjadi pada komet itu sebenarnya mempunyai karbon dioksida namun hilang akibat suhu panas.

Tambah Kelly, 238P/Read mungkin terbentuk dalam kawasan sistem suria yang sangat hangat sehingga tiada karbon dioksida.

BACA JUGA: NASA Sahkan Berjaya Temui Komet Terbesar Pernah Dilihat Dalam Sistem Suria Setakat Ini

“Ia mungkin berada dalam lingkaran asteroid untuk masa yang lama. Karbon dioksida akan lebih mudah mengewap daripada ais. Ia boleh meresap keluar selama berbilion tahun,” jelasnya lagi.

Sementara itu, Timbalan Saintis Projek Webb Untuk Planet, Milam Stefanie menerusi laman web NASA memaklumkan penemuan itu penting bagi memahami sejarah penyebaran air dalam sistem suria serta sistem planet lain. Jika bertuah, ia boleh menjadi kediaman baru seperti bumi.

Gambar: NASA, ESA, CSA, M. Kelley (University of Maryland), H. Hsieh (Planetary Science Institute), A. Pagan (STScI)

“Planet kita dipenuhi air, penuh dengan kehidupan dan paling unik di dalam semesta sejauh yang kita tahu. Penemuan ini adalah sesuatu yang misteri, kita tidak tahu bagaimana semua air sampai ke sini,” katanya.

Untuk makluman, lingkaran asteroid utama merupakan rumah kepada badan berbatu seperti asteroid. Walau bagaimanapun, ia kadang-kala boleh menjadi rumah seperti Komet 238P/Read.

Badan-badan komet kebiasaannya cerah kerana dikelilingi lingkaran bahan (sebatian) sehingga terbentuk ekor komet.

Umumnya, bahan-bahan ini terbentuk daripada pepejal berais yang berubah secara terus ke gas melalui proses yang dipanggil sublimasi  . Ia terjadi ketika komet menghampiri matahari dan menjadi panas.

Pengarang bersama Milam menjelaskan kemungkinan kajian ini lebih baik dilakukan dengan lebih dekat.

“Sekarang Webb telah mengesahkan terdapat air di lingkaran aisteroid. Ia akan lebih menarik sekiranya penemuan ini disusuli dengan misi pengumpulan sampel,” katanya.

Sumber: Space.com, NASA

The post James Webb NASA Kesan Kewujudan Air Di Sekitar Komet appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*