Pengguna Mengadu Aplikasi TNG E-Wallet Tidak Dapat Diakses?

TNG ewallet tidak dapat diakses

Pengguna Mengadu Aplikasi TNG E-Wallet Tidak Dapat Diakses?

Aplikasi dompet digital, TNG eWallet yang dikendalikan oleh Touch N’Go dipercayai tidak dapat diakses pada pagi ini.

Di Twitter, rata-rata pengguna berkongsi situasi yang dihadapi apabila aplikasi tersebut tidak dapat diakses dan digunakan untuk membuat pembayaran secara tanpa tunai.

Kebanyakan mengalami masalah terlog keluar daripada aplikasi itu sendiri dan tidak dapat melog masuk seperti biasa.

Beberapa tangkap layar turut menunjukkan bahawa paparan skrin mereka menampilkan mesej ‘Heavy traffic reported‘ ketika membuka aplikasi TNG eWallter menerusi telefon pintar masing-masing.

Insiden ini dijangka bakai memberi kesan kepada pengguna yang menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai di kedai.

Bagi pengguna jalan raya pula, ia turut memberi kesan bagi pengguna RFID yang tidak memiliki baki yang mencukupi ketika perjalanan.

Ada pengguna yang mengadu mengalami kesukaran untuk membayar tiket tempat letak kenderaan, apabila baki tidak mencukupi dan memerlukan pengguna untuk menambah nilai pada akaun tersebut.

Setakat ini tiada maklumat rasmi daripada pihak Touch ‘N Go.

Maklumat lanjut bakal  menyusul.

BACA: Dapat RM31 Juta Sebab Main Game, Ini 5 ‘Gamers’ Paling Kaya Di Dunia 2023

Sumber: Twitter Orang Ramai

The post Pengguna Mengadu Aplikasi TNG E-Wallet Tidak Dapat Diakses? appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*