fbpx

Jutaan Umat Islam Berkumpul Di Mekah & Madinah, Beribadah Pada Malam 27 Ramadan

mekah madinah 27 ramadan

Jutaan Umat Islam Berkumpul Di Mekah & Madinah, Beribadah Pada Malam 27 Ramadan

Menyambut dan menjalani ibadat puasa Ramadan di Mekah dan Madinah pasti menjadi impian setiap orang Islam. Apatah lagi, kedua-dua kota berkenaan menjadi lokasi kepada dua tempat paling suci kepada umat agama berkenaan.

Jadi, tak hairanlah umat Islam yang berkemampuan dan berkesempatan, akan terbang dari seluruh dunia ke Mekah dan Madinah untuk menjalani ibadah puasa disana.

Menurut portal Khaleej Times, sekurang-kurangnya 2.5 juta jemaah dari seluruh dunia berhimpun Masjidil Haram dan Masjid Nabawi menjelang Solat Terawih pada malam ke-27 Ramadan.

Deretan video-video dan gambar-gambar daripada kedua-dua lokasi tersebut pada malam 27 Ramadan itu turut menjadi tular di media sosial.

Ibarat lautan manusia, jutaan umat Islam beribadah di Mekah & Madinah pada malam 27 Ramadan

Menerusi video berkenaan, dapat dilihat umat Islam dan jemaah yang hadir memenuhi seluruh pelosok ruang yang ada di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Manakala rakaman yang diambil daripada kedudukan tinggi menampakan lagi secara jelas lautan manusia yang berhimpun pada hari tersebut.

Panorama yang dilihat itu sungguh menggetarkan jiwa dan pada masa yang sama turut menyentuh hati sesiapa sahaja yang melihatnya.

Seperti yang kita semua sedia maklum, umat Islam dan ahli ibadah akan mempertingkat amalan masing-masing pada penghujung Ramadan bagi mengejar Lailatul Qadar.

Lailatul Qadar adalah malam istimewa yang hanya berlaku pada malam bulan Ramadan. Malam berkenaan pula adalah malam yang lebih baik daripada seribu bulan.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, malam Lailatul Qadar berlaku pada malam-malam ganjil pada 10 malam terakhir bulan Ramadan.

Perkataan Lailatul Qadar berasal daripada dua perkataan

Merujuk kepada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan lagi, perkataan Lailatul Qadar terdiri daripada dua kalimah.

Lailatul membawa maksud apabila tenggelamnya matahari sehingga terbitnya fajar atau berlawanan dengan siang hari.

Manakala perkataan Qadar pula merujuk kepada kemuliaan atau hukum dan ketetapan.

BACA: Apa Amalan Wanita Haid Bole Amal Untuk Raih Lailatul Qadar? Ini Jawapan Dr. Zulkifli

Sumber: Khaleej Times, @insharifain via X, @theholymosques via X, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

The post Jutaan Umat Islam Berkumpul Di Mekah & Madinah, Beribadah Pada Malam 27 Ramadan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*