“Jammed Raya”, Tuan Rumah Murah Hati Benar Orang Ramai Guna Tandas

rumah tandas percuma

“Jammed Raya”, Tuan Rumah Murah Hati Benar Orang Ramai Guna Tandas

Seperti yang kita ketahui, cabaran setiap kali pulang beraya ke kampung atau pulang ke kota adalah kesesakan trafik.

Tidak dinafikan, perkara ini mampu memakan waktu yang lama meskipun tempoh sebenar untuk tiba ke destinasi hanya dalam beberapa jam sahaja.

Baru-baru ini, tular satu klip video deretan kereta yang tersangkut dalam kesesakan lalu lintas dipercayai hendak memulakan perjalanan pulang ke kota selepas menyambut lebaran di kampung halaman masing-masing.

Video berdurasi 32 saat itu memaparkan rata-rata pengguna jalan raya tersadai di atas mini tar di laluan perkampungan.

Gambar: TikTok @r.nissss

Apa yang mencuri tumpuan, salah sebuah rumah di kawasan berkenaan bermurah hati berkongsi dan membenarkan orang ramai terutamanya pengguna jalan raya di hadapan kediamannya menggunakan tandas rumahnya.

Menerusi video tersebut, tuan rumah sempat menggunakan papan tanda untuk memaklumkan tentang ‘tandas percuma’ kepada para pengguna jalan raya.

“Meriah rumah orang datang beraya macam ni”

Gambar: TikTok @r.nissss

Tak ubah seperti tetamu datang beraya ke rumah walaupun ramai datang hanya menggunakan tandas sebelum kembali bergerak pulang ke destinasi.

“Tandas free!! Masuk jerr,” tulis papan tanda di luar rumah itu.

rumah tandas percuma
Gambar: TikTok @r.nissss

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna memuji tindakan tuan rumah yang berkongsikan tandas rumah mereka kepada orang ramai.

BACA: “Sekejap Je Rasa”, Bila Semua Sudah Pulang, Riuh-rendah Kampung Kembali Jadi Sunyi-sepi

Mereka menyifatkan ia satu tindakan yang wajar dicontohi kerana memudahkan urusan orang ramai disamping mendapat pahala di sisi agama.

@r.nissss

tandas free 2.0 2024🥰 #jemraya #raya2024 #alamakrayalagi

♬ Alamak Raya Lagi DEFAM – De Fam

Berikut adalah antara komen orang ramai di platform tersebut;

“Bagusnya tuan rumah. Walaupun buat baik dibalas najis tapi pahala besar sebab mudahkan urusan orang. Harap yang tumpang tu jaga kebersihan tandas tuan rumah,” tulis seorang pengguna.

“Orang kampung tu setiap lorong bagus-bagus. Mana-mana lalu memang dorang bantu. Nak solat, nak tandas, makan ringan, minum semua tolong. Lain macam kebaikan orang kampung tu,” komen salah seorang pengguna lagi.

“Terima kasih bagi tumpang toilet, cas telefon, solat,” kata salah seorang dipercayai sempat singgah di rumah berkenaan.

“Terima kasih, tahun lepas raya haji saya stuck Setiu 5 jam. Lalu depan rumah sis juga. Kebetulan lalu sini tumpang toilet. Dengan anak pampers penuh, dengan preggy lagi masa tu tahan nak pergi toilet,” kongsi seorang pengguna.

Untuk makluman, video ini mendapat hampir 900,000 tontonan dengan lebih 56,000 tanda ‘suka’ dan pelbagai komen sewaktu ditulis.

Sumber: TikTok @r.nissss

The post “Jammed Raya”, Tuan Rumah Murah Hati Benar Orang Ramai Guna Tandas appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*