Muhammad Azeem, Rakan Ungguli 4×100 Meter Di Florida

Azeem 4x100 Meter Florida

Muhammad Azeem, Rakan Ungguli 4×100 Meter Di Florida

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) — Pelari pecut sensasi negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi terus menampilkan larian bertenaga bagi membantu kuartet 4×100 meter (m) lelaki Universiti Auburn meraih emas pada Kejohanan Olahraga Jemputan Tom Jones Memorial 2024 di Gainesville, Florida, Amerika Syarikat, Sabtu.

Pemenang gangsa 100m lelaki Sukan Asia Hangzhou 2022 yang berlari bersama Favour Ashe, Dario Matau dan Kanyinsola Ajayi, merekodkan 38.64 saat (s) yang juga catatan semusim terbaik mereka untuk mengungguli saingan tersebut, menurut laman web https://live.pttiming.com.

Mereka mengatasi pencabar terdekat Louisiana State University (LSU) yang dibarisi Myles Thomas, Shakeem McKay, Da’Marcus Fleming dan Godson Oghenebrume untuk pingat perak menerusi catatan 38.93s.

BACA: “Jammed Raya”, Tuan Rumah Murah Hati Benar Orang Ramai Guna Tandas

Kuartet University of Kentucky diwakili Shavique Bascus, Clinton Muunga, Miles Jones, Kennedy Lightner pula terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa selepas melakukan catatan 38.96s.

Keputusan dilakar Muhammad Azeem merupakan kemenangan keduanya bersama kuartet Universiti Auburn dalam tempoh sebulan selepas mereka muncul juara dengan catatan masa 38.74s pada kejohanan Yellow Jacket Invitational di Georgia Tech, Georgia.

Dalam pada itu, pelumba berusia 19 tahun tersebut menampilkan prestasi kurang memberangsangkan pada acara 100m di Florida apabila sekadar menduduki tempat ketujuh pada saringan dua, menerusi catatan 10.44s sekali gus berada di kedudukan ke-22 secara keseluruhan dalam kalangan 75 peserta.

Pencapaian tersebut dilihat agak merudum, mengambil kira kejayaannya merangkul gangsa dengan pecutan 10.38s pada kejohanan Yellow Jacket Invitational.

Sumber: BERNAMA

The post Muhammad Azeem, Rakan Ungguli 4×100 Meter Di Florida appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*