“Jangan Beli Di Kawasan Panas..,” 10 Tips Ringkas Penting Patut Tahu Sebelum Beli Rumah

10 tips beli rumah

“Jangan Beli Di Kawasan Panas..,” 10 Tips Ringkas Penting Patut Tahu Sebelum Beli Rumah

Nak membeli rumah bukan macam beli kuih. Ia satu keputusan yang perlu diteliti sebaik mungkin kerana akan terikat dengan hutang selama berpuluh tahun. Tak kira rumah pelaburan atau untuk duduk sendiri, perlu dipertimbang dari pelbagai aspek termasuk kewangan dan kemampuan kerana ia adalah komitmen jangka masa panjang.

Jika anda tersilap langkah, buruk padahnya. Jika buat pelaburan boleh rugi dan jika untuk duduk sendiri jauh pula dari tempat kerja. Nak beli rumah pun kena pilih pemaju yang berwibawa dan berpengalaman. Jika main tangkap muat je, bimbang projek terbengkalai dan kita hanya menanggung hutang bank tapi rumahnya tiang pun tak nampak.

SK nak ajar anda hari ini untuk pertimbangkan 10 tips sebelum anda membeli rumah. Tips ini untuk mengelakkan anda menyesal di kemudian hari dan bahagia bersama keluarga boleh duduk di rumah sendiri.

10 Tips

  1. Jangan beli rumah di kawasan yang pernah atau kerap berlaku bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh. 
  2. Jangan beli rumah di kawasan “panas” dengan kes jenayah. Boleh lihat statistik kawasan mana yang kerap berlaku jenayah terutamanya jenayah pecah rumah.
  3. Jika ingin membeli rumah apartment atau kondo, pastikan parkir mencukupi untuk keluarga anda.
  4. Cari rumah yang berdekatan dengan kemudahan seperti sekolah, balai polis, pasaraya, LRT/MRT, universiti, hospital, masjid dan lain-lain.
  5. Beli rumah yang berhampiran dengan akses lebuhraya utama bagi memudahkan anda untuk bergerak kemana-mana.
  6. Elakkan membeli rumah berhampiran kilang, bimbang anda mengalami gangguan bau, asap dan sebagainya.
  7. Beli rumah ikut kemampuan dan jangan menjadi beban komitmen bulanan anda di kemudian hari.
  8. Jika berkemampuan, beli rumah yang memiliki fasiliti lengkap seperti gym, kolam renang, dewan, surau dan kedai runcit.
  9. Jangan beli rumah yang lama dan berusia sekiranya anda kekurangan modal untuk memperbaiki kerosakan sedia ada.
  10. Jangan mencari rumah yang murah semata tapi carilah yang berpatutan tetapi berpotensi dijadikan pelaburan atau memudahkan anda duduk dalam tempoh masa yang lama.

Tak susah pun nak cari rumah yang ada kesemua ciri ini kerana Sime Darby Property ada menawarkan Residensi Serasi bagi golongan yang mencari rumah pertama dan juga untuk pelaburan. Residensi Serasi  terletak di Putra Heights, Subang Jaya – sebuah kejiranan yang mencatatkan kadar jenayah yang rendah dan berhampiran dengan pelbagai kemudahan seperti sekolah dan stesen LRT.

Label: LRT Putra Heights yang menghubungkan 2 laluan utama di Lembah Klang; Laluan Sri Petaling & Laluan Kelana Jaya.

Residensi Serasi

Residensi Serasi bermula daripada harga RM250,000 dengan bayaran bulanan serendah RM996* sahaja. Dengan susunatur pelan rumah yang praktikal dan penuh gaya, Residensi Serasi menawarkan rumah yang selesa untuk semua lapisan umur bermula daripada 550 sehingga ke 850 kaki persegi. Daripada 1+1 bilik hingga ke 3 bilik sesuai untuk dimiliki oleh mereka yang bujang, baru berkahwin, atau untuk keluarga kecil.

Untuk mereka yang suka berekreasi atau suka melancong pula, anda wajib menyenaraikan projek ini sebagai salah satu perumahan untuk dimiliki kerana tingkat fasilitinya yang seluas 2 ekar dapat menempatkan pelbagai kemudahan moden seperti kolam renang sepanjang 50 meter serta surau yang mampu memuatkan 240 orang pada satu-satu masa.

Berdekatan pelbagai fasiliti

Tidak lupa juga, dewan serbaguna yang mampu memuatkan 2 gelanggang badminton yang juga boleh diubah menjadi dewan majlis untuk para penduduk. Bukan itu sahaja, Taman Rekreasi Linear Park juga sangat berdekatan dengan Residensi Serasi; hanya 400 meter berjalan kaki pun sudah sampai! Jangan risau berkaitan dengan yuran guaman untuk SPA dan dokumen pinjaman bank, Sime Darby Property akan tanggung sepenuhnya! Bukan itu sahaja, Jika anda berkelayakan, anda boleh memohon pinjaman 100%. Wah untung bukan. 

Jika anda salah seorang pengguna tegar yang berulang alik setiap hari menggunakan LRT, berita baik untuk anda kerana Residensi Serasi hanya 400 meter sahaja berjalan kaki ke stesen LRT  Putra Heights. Tambahan pula, hanya 1 km sahaja jarak ke lebuhraya ELITE melalui tol Putra Heights. 

Projek ini dilancarkan beberapa bulan yang lalu dan mendapat sambutan hangat sehingga 507 apartmen servis di Blok 1 habis dijual dalam masa beberapa jam sahaja. Jangan tunggu lagi, rebut peluang memiliki unit di Residensi Serasi kerana blok 2 dan 3 akan dibuka untuk jualan tidak lama lagi. Meh jemput datang ke unit contoh Residensi Serasi di Galeri Jualan Putra Heights.

 

Daftar sekarang melalui PAUTAN ini dan jangan lepaskan peluang untuk memiliki Residensi Serasi. Rumah terletak di bandar dengan pelbagai kemudahan bermula RM250,000. 



The post “Jangan Beli Di Kawasan Panas..,” 10 Tips Ringkas Penting Patut Tahu Sebelum Beli Rumah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*