Mayat Dipercayai Kanak-kanak Hilang Di Sungai Bernam Ditemukan

kanak-kanak hilang bernam

Mayat Dipercayai Kanak-kanak Hilang Di Sungai Bernam Ditemukan

TANJUNG MALIM, 6 Jun (Bernama) – – Mayat kanak-kanak lelaki dipercayai kanak-kanak berusia lapan tahun yang dilaporkan hilang di Sungai Bernam berdekatan Teratak River View Lubuk Hantu, Simpang Empat, Sabtu lepas, ditemukan tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Muallim Supt Mohd Hasni Mohd Nasir berkata mayat itu ditemukan dalam keadaan terapung oleh seekor anjing pengesan dalam misi mencari dan menyelamat (SAR).

“Kira-kira pukul 12.35 tengah hari satu mayat telah ditemui dengan bantuan anjing pengesan bernama Lady jenis Labrador. Mayat ditemui berpakaian lengkap.

“Hari ni pasukan penyelamat menumpukan teknik carian di permukaan air dan kita telah menemui mayat dengan jarak kira-kira 7.3 kilometer dari lokasi kejadian, manakala mangsa ditemui tersangkut dekat pokok di dalam air,“ katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini hari ini.

Katanya mayat itu telah dibawa ke Hospital Slim River bagi proses pengecaman oleh waris mangsa.

Remaja lelaki hilang di sungai Terengganu ditemukan lemas

Sebelum ini, seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang dihanyutkan arus ketika mandi di Sungai Terengganu, dekat Kampung Dusun di sini, Jumaat lepas ditemukan pada 4 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Hasmeera Hassan berkata mayat mangsa, Muhammad Adam Shazwan Mokhtar, 15, ditemukan terapung di sungai berhampiran Kampung Temir oleh orang awam kira-kira 1.05 tengah hari.

Sumber: BERNAMA

The post Mayat Dipercayai Kanak-kanak Hilang Di Sungai Bernam Ditemukan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*