Jangan Buang Kulit Limau Mandarin, Boleh Buat Asam & Ini Resipinya

asam kulit limau

Jangan Buang Kulit Limau Mandarin, Boleh Buat Asam & Ini Resipinya

Tahun Baru Cina bakal tiba tidak lama lagi dan perayaan tersebut akan diraikan oleh masyarakat Cina di seluruh dunia, termasuk di Malaysia.

Selain warna merah, limau mandarin juga antara perkara yang sinonim dengan sambutan perayaan ini. Malah, sejak beberapa minggu lepas, buah limau mandarin sudah boleh ditemui dijual di kedai-kedai seluruh negara.

Di Malaysia, buah tersebut sering dijadikan buah tangan untuk diberikan kepada tetamu dan sabahat handai sempena perayaan tersebut.

Selain isinya yang manis, ramai tak tahu bahawa kulit buah tersebut juga sebenarnya boleh dimakan. Namun, ada cara dan proses yang perlu dilalui terlebih dahulu sebelum kulitnya boleh dimakan.

Justeru, hari ini SK nak berkongsi dengan pembaca semua cara hendak menghasilkan asam kulit limau mandarin yang sebenarnya sangat mudah.

Proses mudah, boleh dibuat sesiapa sahaja

Resipi ini diambil daripada perkongsian seorang pengguna TikTok menerusi akaunnya, @greentea_matcha7.

BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Mula-mula, dapatkan kulit buah limau mandarin terlebih dahulu. Kemudian, anda perlu membuang bahagian putih yang ada pada permukaan dalam pada kulit tersebut.

Bahagian putih berkenaan jika tidak ditanggalkan dikhuatiri akan meninggalkan rasa pahit kepada kulit limau tersebut.

Seterusnya, didihkan kulit-kulit berkenaan di dalam periuk bersama satu senduk gula (bergantung kepada jumlah kulit limau). Selepas 45 minit didihkan, keluar kulit-kulit limau berkenaan daripada periuk.

Kulit limau yang sudah dikeluarkan itu boleh diletak di atas kertas minyak atau di atas tisu dan dibiarkan kering sekurang-kurangnya dua hingga tiga hari.

Selepas tamat proses tersebut, kulit limau mandarin berkenaan sudah siap dan sedia untuk dimakan. Mudah je kan?

Anda juga boleh menonton video-video yang kami kongsikan dibawah untuk memahami lebih lanjut proses yang perlu dibuat untuk menghasilkan asam kulit limau mandari ini.

Apa pun, selamat mencuba. Ingat, dapat buah limau mandarin nanti kulitnya jangan buang. Simpan dan buah asam ya.

@greentea_matcha7

Asam boi kulit limau🍊

♬ suara asli – Rizkan 001 🐓 – I/A§

@dapurcikema_769

Asam kulit limau#dapurcikema_769 #myfoodiesharing #asianfypシ#myresepi #fypシ #asamkulitlimau

♬ Dong Dong Qiang – Ayie Floor 88 & Harry Khalifah & Sarah Suhairi & Beby Acha & Lia Aziz & Aidilia Hilda

 

Sumber: TikTok/@dapurcikema_79 

The post Jangan Buang Kulit Limau Mandarin, Boleh Buat Asam & Ini Resipinya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*