Pelanggan Tak Puas Hati Buka Kedai Lambat: ‘Maaf, Kami Utamakan Solat Subuh’

buka kedai lambat

Pelanggan Tak Puas Hati Buka Kedai Lambat: ‘Maaf, Kami Utamakan Solat Subuh’

‘Dimarahi pelanggan gara-gara buka kedai lewat’. Selaku pemilik atau pengusaha kedai makan, anda pernah melalui krisis sebegini? Kalau pernah, percayalah bahawa ia adalah sesuatu yang normal dalam dunia perniagaan.

Mungkin terdapat banyak sebab kenapa sesetengah kedai itu terpaksa dilewatkan sedikit waktu operasinya. Biasanya mungkin sebab masih dalam proses bersedia, pekerja belum sampai, atau ada hal-hal lain yang tidak dapat dielakkan.

Tapi, berbeza pula dengan situasi dialami pengusaha restoran nasi kandar terkenal di Pulau Pinang, Nasi Kandar Sulaiman (NKS) yang terpaksa memulakan operasinya sedikit lewat kerana mengutamakan tuntutan lebih utama – solat.

Demikianlah seperti yang diceritakan oleh NKS pada semalam apabila mendakwa pihak mereka seakan dimarahi segelintir pelanggan kerana lambat memulakan beroperasi 15 minit dari waktu asal.

“Kami minta maaf sebab tadi terpaksa buka kedai lambat pada pukul 6.45 pagi. Kami buka lepas solat Subuh jadi sekarang waktu (azan) lambat jadi terpaksa buka kedai pun agak lambat sedikit.

“Tetapi rasa kesian jugalah dengan pelanggan yang sudah pun beratur awal sebelum pukul 6.30 pagi.

“Ada juga beberapa orang macam tidak berpuas hati dengan kami,” katanya dalam satu hantaran di Facebook semalam.

Walau bagaimanapun NKS mengakui bahawa alasan mereka lambat bukanlah disebabkan isu lain, namun hanya kerana mengutamakan solat Subuh terlebih dahulu.

Jelas NKS, waktu operasi kedai mereka bergantung dengan waktu azan Subuh, jadi jika lambat waktunya maka lambat jugalah mula operasinya.

“Minta maaf, apa-apa pun kami akan utamakan solat Subuh. Jadi kalau waktu lambat kedai pun kami akan buka lambat.

“Solatlah perkara pertama yang akan ditanya di akhirat nanti,” tambah kenyataan itu diakhiri dengan emoji senyum.

Pelanggan pecah rekod beli nasi kandar termahal 2023

Sebelum ini, NKS sering mencuri perhatian warga maya khususnya penggemar nasi kandar dengan memuat naik koleksi hidangan pelanggan mengikut kadar harga tertentu.

Seperti yang berlaku baru-baru ini, seorang pelanggan dari Johor berjaya memecah rekod NKS apabila membeli nasi kandar pada waktu-waktu akhir 2023 dengan kadar harga tertinggi.

“RM69. Pecah rekod. Paling tinggi. Tak sangka last minit sebelum habis tahun akan ada orang lain mai buat rekod baru,” kata NKS.

Difahamkan pelanggan bertuah itu memesan nasi kandar berlaukkan sotong besar (RM8); tiga sotong biasa (RM7.50 x 3 = RM22.50); empat udang (RM7.50 x 4 = RM30); kambing (RM7) dan nasi (RM1.50).

BACA JUGA: Penuh Udang & Sotong, Pelanggan Pecah Rekod Harga Lauk Nasi Kandar

Sumber: Nasi Kandar Sulaiman

The post Pelanggan Tak Puas Hati Buka Kedai Lambat: ‘Maaf, Kami Utamakan Solat Subuh’ appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*