Jangan Buang, Lelaki Ajar Cara Mudah “Recycle” Penutup Kipas Jadi Pencakar

penutup kipas jadi pencakar

Jangan Buang, Lelaki Ajar Cara Mudah “Recycle” Penutup Kipas Jadi Pencakar

Dalam keadaan keadaan ekonomi yang tidak memberangsangkan ini, kita sedaya upaya mahu berjimat cermat. Selagi sesuatu benda itu masih mampu untuk digunakan maka selagi itu ia akan digunakan.

Pada waktu sekarang, perkataan DIY atau ‘Do It Youself’ sudah tidak asing lagi buat kita dalam mengubah suai atau mereka bentuk sesuatu objek yang baharu.

Projek DIY juga sering dikaitkan dengan menggunakan objek yang sedia ada dan anda hanya perlu menjadikan ia kepada sesuatu objek yang lain.

Namun tidak ramai mempunyai bakat untuk melakukan projek DIY ini kerana ia mungkin melibatkan perkakasan atau peralatan yang sedikit sulit untuk digunakan.

Justeru dalam perkongsian pada hari ini, SK akan berkongsikan tips DIY mudah yang anda boleh lakukan di rumah.

Projek DIY kali ini akan menunjukkan cara untuk menggunakan semula kipas berdiri yang sudah tidak berfungsi sebagai penyapu di halaman rumah.

Perkongsian ini telah dikongsikan oleh @mycraftidea di akaun TikTok miliknya.

Guna penutup kipas berdiri lama je

Berdasarkan perkongsian itu, perkara utama yang anda perlukan ialah penutup kipas berdiri lama yang sudah tidak berfungsi, paip PVC dan skru atau tali dawai.

Perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah potong penutup kipas tadi mengikut saiz yang anda mahukan. Pastikan potong ikut bentuk segi tiga agar mudah untuk dikendalikan.

Untuk memotong besi ini, anda boleh menggunakan peralatan yang ada dirumah seperti gergaji besi atau lebih baik menggunakan mesin ‘grinder’.

Langkah seterusnya ialah panaskan muncung paip PVC. Kemudian tekan muncung paip PVC sehingga ia menjadi leper seperti gambar di bawah.

Kredit TikTok

Kemudian anda potong paip PVC yang leper tadi supaya mudah untuk memasukkan besi kipas yang sudah dipotong tadi.

Kredit TikTok

Ikat guna peralatan yang sesuai paip PVC bersama besi yang dipotong tadi dengan kuat. Pastikan ia diikat dengan kuat dan tidak mudah bergoyang.

Kredit TikTok

Selesai semua langkah tadi, kini penyapu anda sudah siap. Hanya menggunakan peralatan yang berada di rumah anda sudah dapat melakukan projek DIY.

Kredit TikTok

BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dapat memberikan ilmu dan inspirasi kepada pembaca untuk melakukan projek DIY.

@mycraftidea99

#kreatif #kreatifyuk #diy #idejualan #xyzbca #idea

♬ Dj Dayak Full Beat Lagu Malihi Janji – Jeremya Ginting

Sumber: TikTok @mycraftidea99

The post Jangan Buang, Lelaki Ajar Cara Mudah “Recycle” Penutup Kipas Jadi Pencakar appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*