Wanita Nekad Redah Khemah Kahwin Naik Motor, Selamba Nak Lalu Depan Pelamin

redah khemah kahwin

Wanita Nekad Redah Khemah Kahwin Naik Motor, Selamba Nak Lalu Depan Pelamin

Tular di media sosial Indonesia memaparkan aksi seorang penunggang motosikal wanita nekad redah khemah majlis perkahwinan pasangan pengantin sehingga sampai depan pelamin.

Penunggang motosikal wanita itu dilihat santai meredah khemah perkahwinan penduduk di Jalan Mangga, Kampung Keniten, Indonesia.

Berdasarkan video berdurasi 30 saat yang dikongsikan oleh @sosmedkeras di akaun Twitter pada hari ini, wanita itu dilihat lengkap dengan topi keledar dan jaket.

Penunggang itu dilaporkan menunggang motosikal Honda Scoopy berwarna putih.

Kejadian dipercayai berlaku pada Rabu lalu sekitar jam 11.30 WIB, ketika pasangan mempelai hendak merakam detik bahagian selepas akad nikah.

Penunggang motosikal tiba-tiba muncul

Namun secara tiba-tiba seorang penunggang motosikal wanita lengkap bertopi keledar dan berjaket datang ‘menceroboh’ masuk ke dalam khemah majlis.

Kredit Twitter

Pasangan pengantin yang sibuk bergambar itu terkejut dengan kedatangan penunggang motosikal berkenaan. Mereka dilihat memandang pelik terhadap wanita tersebut.

Kredit Twitter

“Setelah kru mengambil video, akhirnya tersebar di media sosial,” kata salah seorang penduduk, Galih Dimas kepada wartawan.

Malah kedatangan motosikal itu turut dikaitkan dengan pengantin lelaki yang didakwa sebagai bekas teman wanita pengantin tersebut.

Namun begitu, ternyata pengantin lelaki tersebut tiada kena mengena dengan penunggang terbabit.

“Malah, ada netizen yang mengatakan bahawa wanita itu bekas teman wanita pengantin lelaki, walaupun bukan,” tegas Galih.

Menerusi video itu lagi, sebaik tiba di hadapan lorong, penunggang motosikal tersebut kemudiannya terus dihalang oleh salah seorang penduduk.

BACA: Ulama Terkenal Indonesia Meninggal Dunia Ketika Ceramah

Penduduk berkenaan sempat memberi amaran supaya tidak meneruskan perjalanan kerana jalan sudah ditututup dengan khemah majlis.

Kredit Twitter

“Ada penduduk mengarahkannya untuk berpatah balik, akhirnya dia berpatah balik selepas disorak oleh golongan muda,” kata Galih.

Menurut Galih, dia tidak tahu dari mana penunggang motosikal itu muncul. Dia hanya sempat melihat bahawa ramai penduduk terkejut apabila wanita itu melulu masuk di tengah majlis.

“Penduduk mana kita tidak tahu, cuma peliknya dia dengan melulu terus memasuki khemah perkahwinan,” akhiri Galih.

Sumber: Detik.com

The post Wanita Nekad Redah Khemah Kahwin Naik Motor, Selamba Nak Lalu Depan Pelamin appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*