Remaja Diselamatkan Dari Gua Tham Luang Meninggal Dunia

remaja tham luang meninggal

Remaja Diselamatkan Dari Gua Tham Luang Meninggal Dunia

Salah seorang mangsa daripada 12 kanak-kanak lelaki yang berjaya diselamatkan dalam tragedi gua Tham Luang di Thailand lima tahun lalu, Duangpetch Promthep,  dilaporkan meninggal dunia di United Kingdom semalam, lapor BBC.

Difahamkan, mangsa pada awalnya ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di asramanya pada Ahad lalu sebelum disahkan meninggal dunia.

Tambahan lagi, dia merupakan kapten kepada pasukan bola sepak sewaktu kejadian yang pernah menggemparkan dunia itu.

Berita tersebut disampaikan sendiri oleh ibunya di kuil Wat Doi Wao, Chiang Rai. Susulan pemergian mendiang , ibunya menerima pelbagai mesej daripada rakan sepasukan mendiang.

Promthep sebelum ini telah memenangi biasiswa untuk menyertai Akademi Bola Sepak Kolej Brooke House yang berpangkalan di Leicestershire pada Ogos lalu.

Berita gembira itu dimuat naiknya di Instagram dan disambut baik oleh rakan sepasukannya.

“Hari ini, impian saya menjadi kenyataan,” tulisnya.

Tragedi 12 pemain bola sepak terperangkap dalam Gua Tham Luang

Pada 23 Jun 2018, sepasukan bola sepak Wild Boars (Moo Pa dalam bahasa Thailand) dilaporkan terperangkap di dalam gua selepas selesai menjalani latihan bola sepak.

Kesemua mangsa terdiri daripada 12 pemain yang berumur lingkungan 11 hingga 16 tahun. Manakala seorang jurulatih pasukan, Ekkaphon Kanthawong berusia berusia 25 tahun.

Difahamkan, kejadian berlaku sewaktu mereka berlumba ke gua Tham Luang di Chiang Rai dengan menaiki basikal, yang merupakan kawasan kesukaan pasukan tersebut.

Bagaimanapun, pada hari kejadian berlaku hujan lebat dan air mula memenuhi laluan gua yang sempit. Susulan itu, mereka telah dilaporkan terperangkap dalam sistem gua keempat terbesar di Thailand itu.

BACA JUGA: Thailand Perkenal Bayaran Pelancong Asing RM40 Mulai Jun

Misi menyelamat telah dilancarkan dengan melibatkan kira-kira 10,000 orang sehingga pasukan itu ditemui oleh penyelam.

Selama sembilan hari, mereka menghabiskan waktu dalam keadaan gelap dan tanpa sesuap makanan.

Ketika itu, Promthep masih berusia 13 tahun sewaktu terperangkap di dalam gua.

Kesemua mereka berjaya dibawa keluar dari gua itu selepas dibius dengan sejenis dadah. Misi menyelamat itu telah menjadi topik utama dunia sehingga pelbagai filem dan dokumentari dilakukan bagi menceritakan semula tragedi itu.

Antara syarikat yang mengeluarkan filem mengenai misi menyelamat itu termasuklah Netflix pada tahun lepas dengan siri enam episod.

Sumber: BBC 

The post Remaja Diselamatkan Dari Gua Tham Luang Meninggal Dunia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*