‘Jangan Mudah Percaya No Pork’, Chef Dedah Realiti Dunia Masakan & Ini Nasihat Buat Muslim

chef dedah realiti dunia masakan

‘Jangan Mudah Percaya No Pork’, Chef Dedah Realiti Dunia Masakan & Ini Nasihat Buat Muslim

Kalau malas nak memasak, pilihan yang ada adalah makan di luar iaitu di restoran yang berdekatan. Kita selalu fikir setiap masalah akan ada jalan penyelesaian, sama juga dalam situasi ini, di mana kalau lapar dan tidak tahu memasak atau malas hendak masuk dapur, pergi sahaja ke restoran.

Tetapi, tidak semua jalan penyelesaian itu berguna, kadangkala ia memakan diri sebagai contoh, mengalami sakit perut selepas makan di luar. Kalau nak makan di luar tidak salah, tetapi yang menjadi salah apabila orang Muslim makan di tempat yang sangat meragukan status halalnya.

Menerusi perkongsian Abang Ameen yang merupakan chef masakan, dia berkata tidak semua kedai makanan berlaku jujur ketika memasak. Kenapa beliau berkata begitu? Kerana beliau sendiri memang ada dalam dunia tersebut.

Gambar: FB Abang Ameen

Kebetulan pula baru-baru ini hangat tersebar di serata alam maya berkenaan sebuah premis yang menjual hidangan nasi ayam claypot yang didakwa menggunakan ‘rice wain’ sebagai penyedap sajian.

Abang Ameen selaku chef, tampil ke khalayak maya mendedahkan realiti sebenar dunia masakan. Jelasnya ada banyak perkara ‘terselindung’ yang orang awam tidak tahu, khususnya yang melibatkan unsur syubhah mahupun halalnya diragui.

Mari ikuti perkongsiannya di bawah ini untuk lebih lanjut.

BACA: Sama Tapi Tak Serupa, Chef Ammar Terangkan Beza Lamb Shank & Mutton Shank

Di sebalik makanan tersimpan seribu kelicikan.

Berwaspadalah saudara semua apa yang hendak kita makan.

Gambar: FB Abang Ameen

Hi Assalamualaikum semua, sebenarnya saya tak tahu macam mana saya nak mulakan cerita ini. Isinya ada tapi permulaannya sangat sukar untuk saya buka mukadimahnya.

Seandainya semua orang tahu apa yang telah kami (semua chef) ketahui nescaya kamu semua akan sangat takut untuk makan sembarangan. Kesangsian kami terhadap makanan sangatlah tinggi. Kerana kami kebanyakannya tahu akan kelicikan itu.

Saya telah melalui pelbagai fasa dalam mengharungi dunia masakan ini. Pendek kata saya telah memasak macam macam hidangan. Baik yang halal mahupun yang haram. Bukan hanya sekadar babi, tetapi ia lebih dari itu.

Termasuklah anjing yang harus dibakar kulitnya untuk mendapatkan isinya. Ular sawa dan katak itu adalah hidangan biasa. Segala-galanya telah saya lalui demi secebis ilmu. Apatah lagi masakan yang menggunakan wine, samsu, sake, vodka dan tequila ia adalah permainan untuk meningkatkan aroma dan rasa ketagihan.

Gambar: FB Abang Ameen

Lemak lemak protein haiwan juga digunakan sebagai base (ibu) pada masakan. White stock dan roux yang dihasilkan menjadi veloute. Lalu ia digunakan dalam semua masakan untuk rasa yang sangat umami.

Veloute yang paling sedap adalah terhasil dari tulang sumsum seekor babi. Darah dan lemak juga sering digunakan di dalam menghasilkan stock ia dimasak hingga sebati dengan ramuan yang mana bila kita hirup rasa feelnya tidak dapat digambarkan dengan perkataan.

Maka jadilah kita seperti Raja Bersiong yang hidup dalam ketagihan.

Jadi ingin saya berpesan disini, berhati hati lah kalian semua jika ingin menikmati hidangan di luar.
Terutama nasi ayam, mi kari, sup dan segala makanan jenis berkuah. Carilah yang halal bukan yang shubhat. Jangan mudah percaya dengan papan tanda “No pork , No Lard” kerana di sebalik perkataan itu tersembunyi tipu daya yang dahsyat. Hanya kami yang mengetahui.
Gambar: FB Abang Ameen

Mohon maaf ampun seribu ampun jika penulisan ini menyinggung sesetengah pihak. Bukan juga untuk saya membuka pekung di dada. Tetapi sekadar berkongsi pengalaman. Inilah realiti yang harus kami tempoh sebagai seorang chef demi secebis ilmu.

Mohon maaf sekali lagi pada semua. Salam ukhwah dan kasih sayang. Semoga Allah mengampuni dosa saya yang lalu dan kalian semua.

Kepada semua chef muslim, memasaklah dengan penuh beretika dan tanggungjawab. Kita semua akan dipertanggunganjawabkan atas segala-galanya.

Hanya kepada Allah kita berserah.

Wallahhualam.

Gambar: FB Abang Ameen

Nota: Gambar-gambar yang dikongsikannya ini adalah gambar lama & bukan yang terkini

Elakkan syubhah, utamakan halal berbanding sedap – mufti Pahang

Sementara itu, Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman sebelum ini pernah menasihatkan umat Islam di Malaysia agar lebih mengutamakan soal halal dan mengelak daripada makanan yang ada unsur syubhah.

Memetik kenyataannya di Ismaweb dalam laporan pada 2021 lalu, kata Abdul Rahman, ia penting supaya makanan yang menjadi darah daging tidak membawa kepada ‘pembentukan’ daging haram yang menyebabkan dosa.

Gambar hiasan | Kredit: Awani/Google

“Makanan dan rezeki yang menjadi sajian kita akan mempengaruhi sikap, perangai, air muka, hati dan keseluruhan kehidupan.

“Sesungguhnya haram itu jelas, halal itu jelas dan antara kedua-duanya ada benda-benda yang syubhah.

“Sebab itu jangan lihat kesedapan makanan itu semata-mata tapi pastikan hidangan yang dijamah itu adalah halal dan disediakan secara sempurna.

“Masyarakat Melayu terutama golongan muda perlu ambil tanggungjawab dengan status makanan supaya tidak diragui halal dan haram,” katanya.

Abdul Rahman berkata demikian ketika itu bagi memberi maklum balas terhadap trend sesetengah masyarakat Muslim yang gemar mengunjungi restoran bukan Muslim yang diragui status halalnya.

Tambah Abdul Rahman lagi, mencari makanan yang halal lagi baik atau istilahnya ‘halalan thoyyiban’ adalah sejajar dengan perintah Allah SWT dalam surah al-Maidah.

Tidak kurang juga Nabi Muhammad SAW serta para rasul juga turut sama diarahkan oleh Allah SWT untuk mencari sumber makanan yang halal lagi baik.

“Jika seseorang mengambil makanan daripada sumber halal, adalah diyakini keimanan serta ketakwaannya akan bertambah kukuh, mantap dan kuat.

“Sebaliknya jika seseorang itu memakan makanan haram, maka diyakini imannya akan lemah dan akhirnya terhakis daripada hatinya.

“Rasulullah SAW menjelaskan orang yang mencari rezeki halal untuk memenuhi keperluan keluarganya sama seperti mujahid dan syuhada’,” jelasnya lagi.

Sumber: Abang Ameen/Facebook, Ismaweb

The post ‘Jangan Mudah Percaya No Pork’, Chef Dedah Realiti Dunia Masakan & Ini Nasihat Buat Muslim appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*