Jangan Panik, Ini Yang Anda Kena Buat Jika Kereta Rosak Di Lebuh Raya

kereta rosak lebuh raya

Jangan Panik, Ini Yang Anda Kena Buat Jika Kereta Rosak Di Lebuh Raya

Pejam celik kita sudah tiba ke penghujung Ramadan dan dalam masa sehari lagi, Syawal pula bakal menjengah. Tentunya ketika ini orang ramai yang berada di perantauan sedang berpusu-pusu pulang ke kampung halaman masing-masing.

Walaupun ada yang terpaksa menempuh perjalanan selama berjam-jam kerana aliran trafik yang tinggi, namun ia tidak memudarkan semangat untuk pulang berhari raya di kampung.

Namun, dalam keadaan jalan yang sesak, pelbagai perkara yang tidak dijangka boleh berlaku terutama melibatkan kenderaan kita.

Apabila berada di atas lebuh raya terlalu lama, mulalah ada bahagian yang ‘meragam’ dan boleh menyebabkan kita terkandas.

Jika tidak mempunyai persediaan, mungkin anda boleh panik dan keadaan diburukkan lagi dengan pertambahan jumlah kenderaan atas lebuh raya itu.

Jangan risau, PLUS Malaysia Berhad telah berkongsi langkah-langkah yang perlu dilakukan jika kita berdepan dengan kerosakan kenderaan di lebuh raya.

BACA: Kurangkan Kesesakan, Ini Tip Guna “Smart Lane” Dengan Betul

Menerusi perkongsian di laman X, PLUS berkata anda perlu menghubungi mereka di PLUSLine 1800-88-0000. Anda boleh melakukannya dengan menggunakan telefon kecemasan di lebuh raya atau tekan butang SOS pada aplikasi PLUS.

Seterusnya, anda perlu mengalihkan kenderaan agar tidak menganggu perjalanan lalu lintas atau berhenti di lorong kecemasan. Selepas itu, nyalakan lampu isyarat kecemasan.

Dalam masa yang sama, arahkan penumpang keluar daripada kenderaan dengan segera.

Anda semua perlu berkumpul di belakang rel penghadang atau berada sejauh mungkin daripada laluan utama lebuh raya ketika menunggu bantuan tiba.

Sementara itu, anda juga perlu meletakkan penanda segitiga atau kon keselamatan di belakang kenderaan untuk memberi amaran kepada kenderaan lain.

“Semoga tips ini dapat membantu anda menikmati perjalanan yang selamat dan lancar sempena sambutan perayaan Aidilfitri ini agar dapat pulang bertemu yang tersayang,” kata PLUS.

BACA JUGA: “Mall” Jual Baju Raya Bawah RM300 Untuk 4 Sekeluarga, Top 5 Fesyen Tahun Ini Pun Ada

Sumber: PLUS Malaysia Berhad

The post Jangan Panik, Ini Yang Anda Kena Buat Jika Kereta Rosak Di Lebuh Raya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*