Ini Pasukan Paling Banyak Julang Trofi Piala Asia AFC

pasukan piala asia

Ini Pasukan Paling Banyak Julang Trofi Piala Asia AFC

Piala Asia AFC merupakan kejohanan bola sepak peringkat benua kedua tertua yang pernah dianjurkan di dunia, selepas Copa America.

Kejohanan yang melibatkan negara-negara Asia ini telah mula berlangsung dari 1956 hingga hari ini.

Edisi terbaharunya berlangsung pada akhir 2023 dan Qatar menjadi tuan rumah bagi kejohanan yang berprestij itu.

Kali ini, sebanyak 24 negara termasuk Malaysia berentap di Qatar bagi meraih gelaran juara dalam kejohanan Piala Asia AFC edisi ke-18.

Selepas beberapa perlawanan, Jordan dan Qatar telah melayakkan diri ke final kejohanan ini yang akan berlangsung pada 10 Februari nanti.

Bercakap mengenainya, pernah atau tidak anda tertanya-tanya mengenai pasukan negara mana yang paling banyak memenangi Piala Asia sepanjang tempoh 68 tahun ia diadakan?

Untuk mengetahui jawapannya, mari ikuti perkongsian di bawah ini.

Sembilan pasukan pernah memenangi Piala Asia AFC

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, usia kejohanan ini sudah mencecah hampir tujuh dekad. Setakat ini, terdapat sembilan pasukan yang pernah memenangi Piala Asia AFC sejak kejohanan ini mula diadakan pada 1956.

Dalam senarai, hanya lima buah pasukan yang berjaya meraih gelaran juara sebanyak sekali sahaja. Antaranya, Qatar, Kuwait, Israel, Australia dan Iraq.

Seterusnya, Arab Saudi dan Iran merupakan antara gergasi bola sepak dalam Asia apabila meraih gelaran tersebut sebanyak tiga kali.

The Falcons telah sampai ke peringkat akhir Piala Asia AFC sebanyak enam kali dan melayakkan pasukan tersebut ke Piala Dunia sebanyak enam kali.

juara piala Asia
Kredit: AFP

Pencapaian ini dianggap memberangsangkan apabila Arab Saudi baru sahaja membuat penampilan pertama dalam kejohanan tersebut pada 1994.

Manakala, Iran pula telah berada dalam kalangan pasukan teratas di Asia dalam dunia bola sepak dari Disember 2014 sehingga Mei 2018.

Kredit: AFP

Antara dua gergasi Asia Timur, pasukan mana yang paling berbisa di benua Asia?

Namun begitu, kedua-dua negara tersebut bukanlah negara yang paling banyak meraih gelaran juara.

Untuk pengetahuan, Jepun berjaya meraih gelaran juara Piala Asia AFC sebanyak empat kali.

Kredit: AFP

Samurai Blue telah berjaya memenangi kejohanan tersebut pada 1992, 2000, 2004  dan 2011. Selain itu, Jepun telah bangkit sebagai salah satu pasukan paling berjaya dalam Asia kerana dapat melayakkan diri dalam Piala Dunia sebanyak tujuh kali.

Korea Selatan pula telah menjadi salah satu kuasa besar dalam bola sepak Asia sejak 1980-an. Taeguk Warriors ini merupakan antara barisan pasukan yang lazim berentap pada peringkat Piala Dunia.

Namun begitu, nasib Korea Selatan tidak begitu menyinar dalam Piala Asia AFC dan tidak pernah meraih sebarang gelaran sejak 1960. Pasukan ini terpaksa akur di tempat kedua dalam kejohanan terbabit sebanyak empat kali.

Kredit: AFP

Sungguhpun nasib kurang menyebelahi buat masa sekarang, Korea Selatan telah menjuarai kejohanan ini ketika edisi sulung dan edisi kedua.

Berikut merupakan turutan pasukan yang paling banyak menjuarai Piala Asia AFC sejak 1956.

1. Jepun (1992, 2000, 2004, 2011)

2, Arab Saudi (1984, 1988, 1996)

3. Iran (1968, 1972, 1976)

4. South Korea (1956, 1960)

5. Israel (1964)

6. Kuwait (1980)

7. Australia (2015)

8. Iraq (2007)

9. Qatar (2019)

Bagi edisi ke-18 kali ini, negara mana yang akan menjulang trofi kejuaraan sekaligus dinobat sebagai ‘Raja Asia’? Sama-sama kita nantikan.

BACA: Cara Tahu Usia Sebenar Kereta Terpakai, Bukan Sekadar Tengok “Mileage”

Sumber: Goal

The post Ini Pasukan Paling Banyak Julang Trofi Piala Asia AFC appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*