5 Kesan Tabiat Duduk Menyilang Kaki, Yang Nombor 5 Ibu Hamil Kena Baca

duduk menyilang kaki

5 Kesan Tabiat Duduk Menyilang Kaki, Yang Nombor 5 Ibu Hamil Kena Baca

Bila buat kerja seharian di hadapan komputer atau duduk tak melakukan apa-apa, kita cenderung untuk duduk menyilang kaki kerana lebih selesa, kan?

Adakala bila duduk di kerusi, automatik dah tukar posisi duduk dengan menyilangkan kaki dengan kedudukan kaki kanan di atas kaki kiri. Selepas beberapa minit, kita tukar lagi posisi dengan kaki kiri pula di atas kaki kanan.

Walaupun kita sudah terbiasa dan nampak seperti tiada apa-apa, namun siapa sangka ia boleh memberikan kesan negatif pada kesihatan.

Malah, wanita hamil juga tidak digalakkan untuk menyilang kaki semasa duduk.

Dalam pada itu, terdapat 5 kesan buruk apabila duduk bersilang kaki seperti dikongsikan oleh Hello Doktor. Ikuti perkongsian di bawah ini.

BAHAYA! 5 Kesan Duduk Bersilang Kaki, Ibu Hamil Wajib Baca Nombor 5

Bagaimanakah kedudukan anda ketika duduk? Sedar atau tidak, kebanyakan orang lebih selesa duduk bersilang kaki.

Tidak kira lelaki mahupun wanita, ramai yang duduk dalam keadaan kaki bersilang. Lebih-lebih lagi apabila kaki anda berasa kebas.

Ya, kedudukan ini mungkin membantu anda mencapai keselesaan dan sangat berfungsi. Tetapi pernahkah anda terfikir tabiat ini mungkin memberi kesan kepada kesihatan?

Apakah kesan duduk bersilang kaki?

1. Silang kaki buat anda alami vena varikos

Vena varikos adalah pembesaran urat yang keluar dari kulit, biasanya pada betis dan kaki. Ia biasanya tidak serius tetapi boleh menjadi keadaan yang membimbangkan jika ianya menyebabkan kesakitan atau sangat teruk.

Umur, genetik, obesiti dan kehamilan adalah faktor risikonya, tetapi punca yang menyebabkan saluran darah meregang dan lemah sehingga menghalang darah mengalir dengan betul masih belum ada kepastian.

Walaupun keadaan itu menjadi kepercayaan popular, tetapi para doktor bersetuju bahawa ianya bukan disebabkan amalan duduk kaki bersilang.

2. Hati-hati dengan tekanan darah anda

Menurut kajian dalam Journal of Clinical Nursing menyatakan bahawa apabila duduk dalam keadaan kaki bersilang, ini menyebabkan kenaikan tekanan darah dan ia kembali normal apabila anda tidak menyilangkannya.

Walau bagaimanapun, sudap pasti anda tidak mahu tekanan darah terus meningkat, jadi jika mahu kekal dalam keadaan duduk, pastikan sekurang-kurangnya anda bangun untuk meregang atau berjalan setiap 15 hingga 20 minit.

3. Kesan pada kesihatan jantung?

Apabila duduk silang kaki dikaitkan dengan tekanan darah, ia juga memberi kesan terhdap kesihatan jantung anda.

Ini kerana dengan kaki bersilang, ia mendorong lebih banyak darah naik ke jantung. Tetapi ia selalunya tidak bermakna menjejaskan kesihatan jantung anda atau menyebabkan rangsangan terutama berisiko dalam tekanan darah.

Walau bagaimanapun, jika anda berisiko kepada pembekuan darah, sebaiknya berbincang dengan doktor mengenai postur dan duduk terlalu kerap dalam kedudukan tidak aktif yang boleh menjejaskan kesihatan anda.

4. Penekanan pada saraf

Terdapat sedikit bukti mengenai duduk kaki bersilang. Ia boleh menyebabkan masalah peredaran darah dalam jangka panjang. Seperti mana-mana kedudukan lain seperti berlutut dan kekal dalam satu kedudukan dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan kebas pada kaki anda.

Tetapi duduk dengan kaki bersilang boleh menekankan saraf peroneal, yang terletak di bahagian belakang lutut yang boleh menyebabkan kaki kebas.

Oleh itu, kebanyakan orang akan mengubah kedudukan mereka apabila mula berasa tidak selesa atau membetulkan postur ketika duduk.

5. Bersilang kaki bahaya buat ibu hamil?

Semasa tempoh kehamilan, tubuh mengalami pelbagai perubahan fizikal. Apabila uterus membesar, pusat graviti anda akan bergerak ke hadapan. Anda mungkin mendapati perbezaan pada diri anda semasa berjalan, berdiri dan duduk.

Bagaimanapun, duduk silang kaki tidak menyakiti anda dan bayi. Ketegangan otot, sakit belakang dan kekejangan adalah keadaan biasa semasa hamil.

Namun, kedudukan duduk sebegini mungkin menyebabkan pergelangan kaki bengkak atau kekejangan betis, cuba duduk dengan tapak kaki di lantai atau diletakkan di atas bangku.

Oleh itu, pastikan anda mempunyai kerusi yang selesa di tempat kerja. Pastikan kaki anda tetap rata di atas lantai, lutut lurus ke atas kaki anda dan pinggul tidak lebih rendah daripada lutut anda.

Paling penting, bergerak seketika apabila mendapat peluang. Kekal dalam kedudukan sama yang terlalu lama pasti akan membuatkan sesiapa sahaja mengalami kesakitan yang tidak diingini.

Kesimpulan

Jadi, buat anda yang gemar menyilang kaki ketika duduk, jangan biasakan tabiat tersebut.

Walaupun tindakan itu memberikan keselesaan, namun kesihatan juga perlu diambil kira.

BACA: Perlu Tahu, Warna Air Kencing Beri “Hint” Tentang Tahap Kesihatan Tubuh Badan

Sumber: Hello Doktor

The post 5 Kesan Tabiat Duduk Menyilang Kaki, Yang Nombor 5 Ibu Hamil Kena Baca appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*