“Kalau Airbag Keluar…”, Bomba Dedah Bahaya Pulas Stereng Macam Tebar ‘Roti Canai’

bomba bahaya stereng roti canai

“Kalau Airbag Keluar…”, Bomba Dedah Bahaya Pulas Stereng Macam Tebar ‘Roti Canai’

Kedudukan tangan di stereng ketika memandu adalah antara perkara yang dititikberatkan semasa kita mengambil lesen memandu, kan?

Biasanya, dalam kelas memandu, tenaga pengajar mengingatkan kita untuk memegang stereng dalam posisi 9-3 atau 10-2.

Namun begitu, apabila di luar, mungkin ramai yang tidak mengamalkan prinsip tersebut ketika memandu. Tidak dinafikan, setiap pemandu seolah-olah ada gaya memegang stereng masing-masing.

Ada juga yang bersikap sambil lewa, misalnya memandu dengan sebelah tangan. Ada yang gemar memulas stereng seperti menebar roti canai ketika membelok atau melalui selekoh yang tajam.

Secara logiknya, kita tidak dapat mengagak apa yang ada di hadapan selepas selekoh kerana pandangan mata terhalang, kan?

Jadi, ada pelbagai kemungkinan menanti dan dikhuatiri boleh mengundang perkara yang tidak diingini, seperti kemalangan jalan raya.

Tahukah anda, gaya pemanduan seperti memulas stereng ‘roti canai’ boleh menyebabkan impak kemalangan menjadi bertambah parah.

Pemandu sering terlupa cara pegang stereng kereta dengan betul

Menurut pengguna TikTok, @Taufiq Sparkz, ada sebabnya anda disarankan untuk memandu dengan posisi tangan 9-3 atau 10-2.

Menurut anggota bomba yang memberi penerangan dalam video itu, pemandu sama sekali perlu mengelak daripada memandu dengan teknik menebar roti canai.

@taufiq_sparkz

Berhati-hati steering handling semasa memandu, ada sebab kita belajar kedudukan steering 9-3 dan jgn cross steering, sistem keselamatan boleh menjadi kemerbahayaan jika kita tak peka dgn sistem dan fungsinya…

♬ original sound – Taufiq Sparkz – Taufiq Sparkz

Apabila berlaku kemalangan dan beg udara diaktifkan, impaknya boleh menolak tangan ke belakang. Sekiranya ketika kejadian tangan dalam kedudukan menyilang pada stereng, tangan boleh terlempar ke arah pemandu, misalnya pada bahagian kepala.

Jika pemandu memakai jam tangan, bayangkan jam tangan berkenaan menghentam bahagian kepala akibat tangan yang terlempar ketika beg udara diaktifkan.

Dalam video itu lagi, anggota bomba itu juga menjelaskan bahaya jika memandu sambil tangan diletakkan di tengah stereng. Ada kes yang berlaku sebelum ini dimana jari pemandu patah apabila beg udara diaktifkan.

Oleh itu, anggota bomba berkenaan menegaskan posisi tangan yang betul ketika memegang stereng dapat mengelakkan pemandu daripada mengalami kecederaan serius.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata warga maya berterima kasih dengan perkongsian yang dibuat oleh anggota bomba berkenaan.

BACA: SB Maut Tertembak Ketika Operasi Siasatan Pencerobohan Hutan Simpan Ulu Muda

BACA: “Auto Window” Tak Naik Turun Automatik? Mekanik Ajar Buat Cara Ini, Masalah Selesai

Sumber: @Taufiq Sparkz via TikTok

The post “Kalau Airbag Keluar…”, Bomba Dedah Bahaya Pulas Stereng Macam Tebar ‘Roti Canai’ appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*