Jangkitan Virus Covid-19, Apakah Yang Perlu Dilakukan Sekiranya Masih Bergejala Setelah Tamat Kuarantin?

Jangkitan Virus Covid-19, Apakah Yang Perlu Dilakukan Sekiranya Masih Bergejala Setelah Tamat Kuarantin?

Virus Covid-19 telah dikenalpasti dengan kesnya yang pertama pada penghujung tahun 2019. Kemudian, ia telah merebak ke serata dunia menjelang 2020. Disebabkan penularan wabak ini, serta peningkatan angka kematian yang berpunca daripada virus ini, seluruh dunia telah menjalankan Perintah Kawal Pergerakan (PKP) di mana rakyat di seluruh dunia dinasihatkan untuk duduk di rumah dan tidak bergaul.

Namun, lama-kelamaan, orang ramai mula diberikan keizinan untuk melakukan aktiviti harian mereka. Seterusnya, kebanyakan negara pun memasuki fasa endemik dan penggunakan topeng muka tidak lagi diwajibkan.

Ia tidak bermaksud bahawa wabak ini sudah hilang selama-lamanya dan tidak lagi menjangkiti manusia. Sebaliknya, kini wabak ini sudah mula menjangkiti orang ramai, lebih-lebih lagi apabila terdapat varian virus ini yang baru. Apabila dijangkiti, anda harus berkuarantin. Tetapi, apa pula yang harus anda lakukan sekiranya anda masih bergejala selepas tamat tempoh kuarantin?

Hello Doktor akan berikan penjelasannya.

Perlukah teruskan kuarantin jika masih lagi positif COVID-19?

Menurut laman sesawang rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tempoh kuarantin adalah selama 10 hari sekiranya disahkan positif.

Bagi saringan kontak rapat, kuarantin akan bermula pada hari terakhir anda terdedah kepada pesakit yang positif COVID-19.

Menurut CDC pula, anda digalakkan untuk terus mengasingkan diri jika masih lagi positif COVID-19 walaupun telah melepasi tempoh kuarantin. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu melakukan ujian COVID-19 5 hari selepas diagnosis.

Malah, selepas 5 hari, pesakit boleh menamatkan kuarantin jika mereka tidak mengalami sebarang simptom selama 24 jam.

Walaupun begitu, CDC menggalakkan pesakit melakukan ujian antigen selepas 5 hari untuk memastikan pesakit benar-benar bebas daripada COVID-19. Jika pesakit masih lagi positif, mereka digalakkan untuk terus kuarantin sehingga hari ke-10.

Pesakit yang telah sembuh daripada COVID-19 akan mempunyai RNA COVID-19 selama 3 bulan. 

Walau bagaimanapun, pesakit tidak boleh menjangkiti orang lain kerana virus tersebut tidak dapat lagi melakukan replikasi.

Apa yang saya perlu lakukan ketika tempoh kuarantin?

Jika anda disahkan positif COVID-19, anda perlu melakukan kuarantin, sama ada di pusat kuarantin atau kuarantin kendiri. Selalunya, pesakit akan diminta untuk mengasingkan diri selama 14 hari.

Tetapi, pasti ramai yang tertanya-tanya, mengapa perlu kuarantin selama 14 hari? Mengapa bukan 7, 10 atau 20 hari?

Semuanya bergantung pada tempoh inkubasi. Tempoh inkubasi adalah masa pesakit terdedah dengan virus sehinggalah simptom bermula. Tempoh ini berbeza mengikut jenis virus.

SARS-CoV-2, virus yang menyebabkan COVID-19 mempunyai tempoh inkubasi selama 5 hari. Dalam masa yang sama, hampir 97% individu yang dijangkiti akan menunjukkan simptom dalam masa 11 hari.

Sebab itulah kita perlu melakukan kuarantin selama 14 hari. Tempoh kuarantin ini sudah cukup untuk memastikan kita tidak dijangkiti COVID-19 dan tidak boleh menyebarkan virus ini kepada orang lain.

Jika anda perlu kuarantin, pastikan anda:

  1. Duduk di rumah dan jauhkan diri daripada orang lain sekurang-kurangnya selama 5 hari jika anda merupakan kontak rapat. Pakai pelitup muka walaupun berada di rumah.
  2. Jika anda mengalami sebarang simptom, lakukan ujian COVID-19 secepat mungkin.
  3. Jika positif, lakukan kuarantin selama 10 hari. Pantau simptom anda. Jika anda mempunyai simptom yang serius seperti sukar untuk bernafas, pastikan anda mendapatkan rawatan kecemasan secepat mungkin.
  4. Individu yang perlu melakukan kuarantin kendiri dinasihatkan untuk duduk di dalam bilik yang mempunyai tandas berasingan.
  5. Elakkan berjumpa ahli keluarga atau haiwan peliharaan.
  6. Jangan kongsi barang peribadi seperti cawan, tuala, sudu atau garfu.
  7. Pakai pelitup muka dengan betul jika perlu berada di sekeliling orang lain.

Masih lagi alami simptom selepas COVID-19?

Gambar via Hello Doktor

Walaupun kebanyakan pesakit COVID-19 akan sembuh dalam masa beberapa minggu, ada juga yang masih mengalami simptom COVID-19 berbulan-bulan selepas dijangkiti.

Kondisi ini turut dikenali sebagai sindrom selepas COVID-19. Salah satu tanda sindrom ini ialah simptom yang berpanjangan dan lebih daripada 4 minggu.

Warga emas dan individu yang berpenyakit paling berisiko untuk menghidap sindrom ini.

Namun, itu bukanlah bermaksud orang muda akan terlepas. Malah, mereka yang sihat juga akan rasa tidak sihat dan kerap letih walaupun setelah berminggu-minggu dijangkiti.

Antara tanda dan simptom sindrom selepas COVID-19 ialah:

  1. Rasa penat dan letih.
  2. Sukar bernafas.
  3. Batuk.
  4. Sakit sendi.
  5. Sakit dada.
  6. Masalah mengingat.
  7. Sukar tidur malam.
  8. Pening kepala.
  9. Depresi dan kegelisahan.
  10. Demam.
  11. Pening kepala ketika berdiri.
  12. Simpom yang semakin teruk selepas melakukan aktiviti fizikal.
Semua orang yang mengalami sindrom selepas COVID-19 perlu mendapatkan rawatan pakar, lebih-lebih lagi mereka yang mengalami depresi disebabkan Covid walaupun selepas tempoh kuarantin.

Tidak dinafikan, menghidap COVID-19 boleh menjadi pengalaman yang buruk dan boleh mencetuskan trauma dalam sesetengah orang. 

Oleh sebab itu, dapatkan pemeriksaan pakar jika simptom yang anda alami tidak sembuh walaupun sudah lama dijangkiti COVID-19.

Kesimpulan

Gambar via Hello Doktor

Cara yang terbaik untuk mengelakkan COVID-19 ialah melalui pencegahan. Pastikan anda mendapatkan vaksinasi secepat mungkin.

Vaksinasi bukan sahaja boleh melindungi diri anda daripada jangkitan, ia juga dapat melindungi orang lain di sekeliling anda.

Antara langkah penting untuk mengelakkan penyebaran COVID-19 ialah:

  1. Mendapatkan vaksinasi COVID-19. Pastikan anda mengambil suntikan penggalak apabila tiba giliran.
  2. Pakai pelitup muka dengan betul. Tutup hidung dan mulut untuk melindungi diri anda dan orang lain daripada jangkitan virus.
  3. Amalkan penjarakkan sosial. Berdiri sekurang-kurangnya 6 kaki daripada orang lain.
  4. Elakkan tempat yang sempit dan tidak mempunyai pengudaraan yang baik.
  5. Basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air. Anda juga boleh menggunakan hand sanitiser sebagai pengganti.

Sumber: Hello Doktor

BACA JUGA: 10 Chef Anime Terbaik, Makanan Mereka Menggiurkan!

The post Jangkitan Virus Covid-19, Apakah Yang Perlu Dilakukan Sekiranya Masih Bergejala Setelah Tamat Kuarantin? appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*