Lebaran Bakal Tiba, Ini 9 Tips Deko Rumah Anda Perlu Tahu

Tips Deko Rumah Raya

Lebaran Bakal Tiba, Ini 9 Tips Deko Rumah Anda Perlu Tahu

Kurang dua minggu lagi kita bakal menyambut lebaran, pastinya ramai yang sedang sibuk menguruskan pelbagai perkara seperti pemilihan baju raya, membuat atau membeli juadah raya dan termasuklah aspek kekemasan rumah.

Bagaikan sudah menjadi tradisi, setiap rumah ketika musim perayaan kelihatan meriah dan kemas. Tambahan lagi, kepulangan sanak saudara dan sahabat handai turut menceriakan suasana rumah kita.

Oleh itu, rata-rata pemilik rumah khususnya golongan suri rumah mulai pening kepala apa yang perlu dilakukan bagi menghiasi ruang rumah agar kelihatan lebih cantik dan ceria.

Lanjutan itu, mari kita ikuti perkongsian Siti Mariam Kamsan berhubung tips mudah dekorasi rumah di bawah ini.

Tips Deko Rumah “Raya” Terlihat Lebih Menarik

Pening Kepala Nak Mulakan Deko?? Nah! 9 Tips Deko Untuk Anda!

Ok! Untuk korang dah plan nak make over rumah tapi masih buntu tak tahu macam mana nak mula, harap perkongsian ini dapat membantu.

Apa-apapun sebelum nak mula deco, please kemas rumah, please buang dulu barang yang boleh semak mata, yang dah rosak. Sediakan satu plastik sampah besar untuk korang cleankan semua barang yang “menyakitkan mata “.

Lepastu dah boleh plan untuk next step!

Lets check it out!

BACA JUGA: Bilik Air Berbau? Ini ‘Rahsia’ Pastikan Ia Sentiasa Wangi, Guna 2 Bahan Mudah Je

Bukan pakar deco,

Siti Mariam Kamsan

Pilih Style 

Ok korang boleh start google style apa yang korang suka untuk rumah korang. Tak tahu nak pilih style apa? Korang boleh google je. TAIP – STYLE DECORATION.

Yang kat gambar ni style Scandinavian.

Tips Deko Rumah Raya
Gambar: Facebook Siti Mariam Kamsam

Nanti melambak keluar . Antaranya style yang IN sekarang termasuklah, Modern, Nordic, Scandinavian, English, Industrial dan macam-macam lagi.

Pilihlah yang cantik di mata korang. Lagi ringkas, lagi simple, lagi sedap mata memandang.

Pemilihan Lantai

Tips Deko Rumah Raya
Gambar: Facebook Siti Mariam Kamsan

Untuk deco nampak lagi wow, pemilihan lantai sangat penting. Untuk yang save badjet macam aku, memang pakai tikar getah pilih warna kayu macam ni.

Kalau korang ada badjet, boleh pilih viynl. Yang memang tak nak tukar apa-apa nak kekalkan mozek yang ada pun tak apa. Nanti karpet boleh jadi penyeri lantai korang.

Warna 

Tips Deko Rumah Raya
Gambar: Facebook Siti Mariam Kamsan

Pastikan warna yang dipilih tidak melebihi dari 2 warna gais! Kalau lebih memang jadi carca marba. Untuk ruang rumah yang kecil, boleh pilih warna putih untuk nampak effect besar pada rumah kita.

Lampu

Tips Deko Rumah Raya
Gambar: Facebook Siti Mariam Kamsan

Lampu sangat main peranan. Untuk decoration ruang tamu, gunakan lampu warna KUNING. Korang pernah pergi IKEA. Rasa syokkan tengok deco dalam tu? Rahsia dia hanya guna lampu kuning bagi naikkan mood romantik dalam sesuatu ruang.

BACA JUGA: Jangan Buang Gel Pewangi Yang Dah Kering, Ini Cara Nak Buat Gel Kembali ‘Kembang’ Dan Tahan Lama

Lampu putih digunakan dalam toilet dan ruang dapur. Tapi untuk kita yang dah biasa guna lampu putih tu, jangan dibuang lampu tu. Just add on lampu kuning.

Bila ada tetamu baru pasang lampu kuning tu.

Tips Deko Rumah Raya
Gambar: Facebook Siti Mariam Kamsan

Yang ini lampu untuk picture wall ya! Kompem rumah korang nampak macam hotel or studio!

Picture Wall

Gambar: Facebook Siti Mariam Kamsan

Pastikan ada satu sudut PICTURE WALL yang korang kena pilih untuk rumah korang.

Cara tepat untuk pemilihan picture wall, korang bukak pintu rumah je, terus nampak dinding pertama. So itulah picture wall untuk rumah korang.

Pemilihan cat untuk picture wall sepatutnya dicat warna lebih gelap sedikit dari warna dinding yang lain. Lampu kuning juga digunakan untuk ruang picture wall. Memang boom rumah korang!

Perabot

Tips Deko Rumah Raya
Gambar: Facebook Siti Mariam Kamsan

Pemilihan perabot berdasarkan style apa yang korang pilih. Selarikan dengan bajet korang. Kalau sabar, boleh beli online. Kalau nak puas hati, pergi kedai perabot.

BACA JUGA: Mungkin Ramai Tak Tahu, Ini Beza Ikan Keli & Ikan Sembilang

Soft Finishing

Tips Deko Rumah Raya
Gambar: Facebook Siti Mariam Kamsan

Tips nak warna langsir, ikut sahaja warna dinding picture wall rumah korang. Kalau nak rumah nampak modern pilih langsir plain sahaja. Tak perlu bunga-bunga atau corak. Tapi ikut cita rasa masing-masing.

Gambar: Facebook Siti Mariam Kamsan

Karpet juga dipilih berdasarkan pemilihan style. Karpet jenis geomatrik memberi effect ruang nampak lagi besar dalam rumah kita.

Gambar: Facebook Siti Mariam Kamsan

Pilihlah bantai yang comel untuk ruang tamu rumah anda.

Deco Aksesori 

Tips Deko Rumah Raya
Gambar: Facebook Siti Mariam Kamsan

Daun besar diletakkan pada sudut spot ruang makan atau pun di picture wall rumah anda. Cari hotspot yang boleh orang nampak terus pokok ni.

Fresh Flower/ Artificial Flower 

Gambar: Facebook Siti Mariam Kamsan

Last sekali, korang yang jenis suka menanam letak lah fresh flower dalam rumah. Kalau macam aku ni malas, carilah kat Ikea pokok ros ni. Pasu cari yang kilat ya.

Sumber: Facebook Siti Mariam Kamsam

The post Lebaran Bakal Tiba, Ini 9 Tips Deko Rumah Anda Perlu Tahu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*