Jawatan Ketua Pengarah J-KOM Akan Diisi Secepat Mungkin – Fahmi

Ketua pengarah J-kom

Jawatan Ketua Pengarah J-KOM Akan Diisi Secepat Mungkin – Fahmi

SAN FRANCISCO, 16 Nov (Bernama) — Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata jawatan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) akan diisi secepat mungkin susulan peletakan jawatan Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff.

Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata beliau dimaklumkan Timbalan Ketua Pengarah J-KOM (Komunikasi Komuniti) Datuk Ismail Yusop berhubung perkara itu.

Beliau turut mengucapkan terima kasih atas khidmatnya dan berkata Mohammad Agus kini tiada lagi apa-apa kaitan dengan pihak kerajaan atau J-KOM.

“Saya belum bercakap dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) khusus mengenai perkara ini. Saya percaya langkah-langkah untuk mengisi jawatan tersebut akan dibuat secepat mungkin,” katanya kepada media Malaysia pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai peletakan jawatan Mohammad Agus.

Mohammad Agus semalam mengesahkan telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Ketua Pengarah J-KOM kepada Perdana Menteri pada Rabu.

Beliau berkata keputusan itu dibuat kerana menerima tawaran kerja baharu dan bukannya disebabkan tekanan daripada mana-mana pihak supaya melepaskan jawatan di J-KOM yang disandang sejak 2 Feb lepas.

— BERNAMA 

BACA: Lokasi-Lokasi Berisiko Banjir

The post Jawatan Ketua Pengarah J-KOM Akan Diisi Secepat Mungkin – Fahmi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*