Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara Bilangan 2 Tahun 2023

Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara Bilangan 2 Tahun 2023

PUTRAJAYA, 25 OKTOBER 2023 – Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara (JKSMN) yang bersidang hari ini mengetengahkan hasrat Kerajaan  dalam memastikan keterjaminan dan kestabilan bekalan makanan negara adalah  selamat dan mencukupi. 

JKSMN pada kali ini dipengerusikan oleh YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof,  Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi berperanan dalam  merangka dasar dan strategi sekuriti makanan yang lebih berdaya saing dan  mampan. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Yang Berhormat Menteri-Menteri, Timbalan  Menteri, Ketua-ketua Setiausaha serta Gabenor Bank Negara. 

JKSMN kali ini telah mempertimbangkan lapan (8) kertas kerja melibatkan empat (4) kertas untuk kelulusan dan empat (4) kertas makluman. Sesi mesyuarat turut memberi  tumpuan dalam memperkasakan sekuriti makanan negara menerusi pelaksanaan  inisiatif berimpak tinggi seperti pelaksanaan Projek Industri Tenusu Negara melalui  Projek Pembangunan Ladang Tenusu Integrasi di Chuping, Perlis serta Cadangan  Pelaksanaan Pembajaan dan Pembekalan Baja Bio dan Organik bagi  meningkatkan hasil pengeluaran padi.  

Dasar Sekuriti Makanan Negara

Kerajaan melalui KPKM sedang berusaha untuk melaksanakan pelbagai inisiatif untuk  meningkatkan produktiviti sektor agromakanan khususnya dalam bidang teknologi,  pemodenan, rantaian nilai agromakanan antaranya menerusi Strategi Pembangunan  Industri Nanas dengan penyusunan semula sistem galakan pasaran eksport sedia  ada untuk memupuk kecekapan dan daya saing yang lebih tinggi.  

Bagi meningkatkan produktiviti komoditi bernilai tinggi, pihak KPKM berhasrat untuk  memperluas skop Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) dengan turut  mengetengahkan komoditi bernilai tinggi seperti kelapa dan durian. Melalui  inisiatif ini, ianya dijangka membantu mengurangkan defisit perdagangan di samping  memperkukuh aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi variasi benih  penanaman dalam negara, meningkatkan prestasi eksport produk hiliran berasaskan  pertanian dan merancakkan aktiviti pengeluaran makanan secara domestik.  

Selaras dengan hasrat membangun Malaysia MADANI, adalah menjadi  tanggungjawab semua pihak untuk memastikan tahap keterjaminan makanan negara  stabil dan lestari seiring dengan konsep Food Security is a Shared Responsibility

Justeru, jawatankuasa ini mencerminkan komitmen utuh Kerajaan dalam  memperkukuh sekuriti makanan negara ke arah peningkatan produktiviti, penjanaan  pendapatan, potensi teknologi pertanian sekaligus meningkatkan kesejahteraan hidup  rakyat.  

Dasar Sekuriti Makanan Negara

Melangkah ke hadapan, Kerajaan akan memastikan pendekatan proaktif sentiasa  dilaksanakan dalam menganalisis dan mengenalpasti strategi, inisiatif baharu, serta  merangka intervensi yang lebih komprehensif dan strategik dalam menjamin  kemampanan bekalan input agromakanan dan produktiviti pengeluaran makanan  negara. 

The post Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara Bilangan 2 Tahun 2023 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*