JBPM Berjaya Selamatkan Seorang Lelaki Yang Lari Ke Hutan Akibat Tekanan Kerja

Lari ke hutan akibat tekanan kerja

JBPM Berjaya Selamatkan Seorang Lelaki Yang Lari Ke Hutan Akibat Tekanan Kerja

IPOH, 10 Jun (Bernama)– Seorang lelaki yang melarikan diri ke dalam hutan selama enam hari akibat tekanan kerja berjaya diselamatkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad dalam satu kenyataannya berkata, anggota bomba menerima panggilan pada 11.44 malam semalam dan bergegas ke lokasi yang dinyatakan mangsa.

Beliau berkata, mangsa ,41, menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Terminal Amanjaya pada 3 Jun lalu akibat tekanan di tempat kerja dan memutuskan untuk tinggal di hutan belantara itu.

Bagaimanapun, lelaki itu memutuskan untuk menghubungi talian kecemasan 999 melalui telefon bimbitnya selepas dia sesat di dalam hutan dan tidak dapat mencari makanan.

“Mangsa memakai baju-T oren dan berseluar jeasn biru. Dia menghubungi melalui telefonnya, namun tiada sambungan internet.

“Dia memasuki hutan melalui pencawang utama Tenaga Nasional Berhad berhampiran Jabatan Audit Negara. Setibanya di tempat kejadian, komander operasi menghubungi mangsa. Mangsa memberitahu bahawa dia terdengar bunyi jentera bomba dari dalam hutan,” katanya.

Sabarodzi berkata, mangsa ditemui jam 2.46 pagi pada jarak 3.2 kilometer dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sumber: BERNAMA

The post JBPM Berjaya Selamatkan Seorang Lelaki Yang Lari Ke Hutan Akibat Tekanan Kerja appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*