Polis Terima Laporan Doktor HRPB Berhubung Surat Layang Gangguan Seksual

doktor hrpb surat layang

Polis Terima Laporan Doktor HRPB Berhubung Surat Layang Gangguan Seksual

IPOH — Pihak polis menerima laporan berkenaan seorang lelaki, 43, yang juga seorang doktor di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) berhubung penyebaran surat layang yang memburukkan namanya di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asistan Komisioner Yahaya Hassan berkata pihaknya menerima laporan daripada pengadu berhubung kes berkenaan pada Sabtu.

“Siasatan awal pihak polis mendapati surat layang yang tersebar menuduh pengadu dan beberapa staff yang lain melakukan perbuatan terkutuk terhadap staff khususnya yang bekerja di Jabatan Ortopedik HRPB Ipoh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kata Yahaya lagi, kes itu disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan (Fitnah)/ Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 (penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian).

BACA JUGA: Siti Dhia Batrisyia Ditemui – Ibu 

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta berhubung dengan pegawai penyiasat kes ASP Fadli Ahmad di talian 019-2500019 untuk membantu siasatan pihak polis.

“Polis menasihatkan orang ramai agar tidak sewenang-sewenangnya mengeluarkan kenyataan berunsur khabar angin atau fitnah yang boleh menjejaskan kredibiliti seseorang,” katanya lagi.

Sebelum ini, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak turut mengesahkan telah menerima sepucuk surat layang yang turut disebarkan kepada masyarakat awam yang mendakwa sekumpulan doktor yang melakukan gangguan seksual di tempat kerja, baru-baru ini, lapor Astro Awani.

Pengarahnya Dr Feisul Idzwan Mustapha berkata, pada 28 Februari lalu, pihak JKN Perak telah menerima surat berkenaan.

Berikutan itu, JKN Perak telah menubuhkan Jawatankuasa Penyiasatan Bebas pada keesokannya berhubung dakwaan tersebut.

“Keahlian Jawatankuasa ini juga terdiri daripada pegawai-pegawai yang dilantik oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), KKM. Siasatan kini sedang dilaksanakan dengan pengumpulan bukti-bukti.

“KKM memandang pertuduhan ini sebagai sangat serius dan mempunyai toleransi sifar terhadap gangguan seksual di tempat kerja,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Sebelum ini, tular surat berkenaan yang telah dimuat naik di platform media sosial hingga meraih perhatian warga maya.

Sumber: Polis Daerah Ipoh

The post Polis Terima Laporan Doktor HRPB Berhubung Surat Layang Gangguan Seksual appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*