“Kuasa Menteri Tidak Boleh Disalahguna”, Respon Hannah Selepas ARMADA Mintanya Campur Tangan

ARMADA Minta KBS Guna Kuasa Menteri, Hannah Yeoh Tampil Beri Respon

Menteri Sukan dan Belia, Hannah Yeoh tampil beri respon atas kenyataan Ketua Pemuda Bersatu (ARMADA), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal memintanya untuk menggunakan kuasanya sebagai menteri berkenaan isu 21,000 penyokong.

Sebagai Menteri Beliau dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, kuasa yang dimilikinya tidak boleh disalahgunakan untuk membatalkan konsert tersebut dengan sewenang-wenangnya.

Beliau turut menjelaskan bahawa bahawa konsert yang dianjurkan oleh penyanyi dari Taiwan itu merupakan konsert jelajah bertaraf  dunia (world tour).

Untuk penganjuran konsert tersebut di Malaysia, difahamkan bahawa sebanyak 45,000 tiket sudah pun dijual.

Berdasarkan jumlah tiket itu juga, beliau berkata, Axiata Areana hanya mampu memuatkan seramai 13,000 penonton sahaja.

Terdahulu, Hannah Yeoh  tampil memberikan perkembangan terkini berkenaan isu 21,000 tempat duduk di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk perlawanan separuh akhir AFF Suzuki Cup baru-baru ini.

Beliau berkata, tempahan stadium untuk konsert Jay Chou World Tour telah dibuat pada 13 Mac 2019 iaitu, kira-kira empat tahun lalu. Manakala, FAM membuat tempah stadium untuk kegunaan Piala AFF hanya pada Ogos lepas.

BACA: Empat Tahun Awal, Menteri Dedah Konsert Jay Chou Dah Tempah Stadium Dari 13 Mac 2019

Sumber: Hannah Yeoh via Twitter

The post “Kuasa Menteri Tidak Boleh Disalahguna”, Respon Hannah Selepas ARMADA Mintanya Campur Tangan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*