Jepun Catat Kes Kematian Akibat Covid-19 Tertinggi Dalam Sehari

Jepun Catat Kes Kematian Akibat Covid-19 Tertinggi

Jepun Catat Kes Kematian Akibat Covid-19 Tertinggi Dalam Sehari

Jepun pada Khamis melaporkan sebanyak 420 kematian akibat Covid-19, satu lagi kes tertinggi bagi negara tersebut yang dipercayai sedang melalui gelombang kelapan pandemik berkenaan, lapor New Kerala.

Menurut Japan Today, negara itu telah melaporkan sebanyak 192,063 kes koronavirus baharu. Menurun sebanyak 24,146 kes pada Rabu yang lalu.

Tokyo juga telah melaporkan sebanyak 18,372 kes baharu dan menurun sebanyak 1,871 kes pada Rabu lalu. Jepun pada Rabu lalu telah mencatatkan sebanyak 415 kematian akibat jangkitan virus Covid-19.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Kena Teliti Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

Jumlah kematian akibat koronavirus di negara itu telah mencecah lebih 56,000 kes dan lebih daripada 28 juta kes jangkitan berlaku di seluruh negara.

Peningkatan kes virus Covid di negara itu berlaku selepas kerajaan Jepun pada Oktober telah melonggarkan sekatan ketibaan asing setiap hari termasuk larangan ke atas pelancong dari luar negara.

Sementara itu, pihak berkuasa Hong Kong telah meminta Jepun untuk menghapuskan sekatan penerbangan terus dari bandar itu.

Jepun menjadi salah satu negara terawal yang mengenakan sekatan perjalanan khusus kepada China apabila jangkitan di negara itu meningkat berikutan pembukaan sekatan oleh Beijing dalam strategi sifar-covid mereka.

Mulai hari ini, Jepun menetapkan agar ketibaan penumpang daripada China perlu melakukan ujian saringan. Namun begitu, ujian itu tidak dikenakan kepada pelancong daripada Hong Kong dan Macau.

Sebelum ini, Hong Kong telah mengikuti dasar sifar-Covid China dan mengenakan beberapa sekatan perjalanan ketat semasa penyebaran wabak itu. Sekatan itu juga telah menyebabkan hab bisnes di negara itu telah merudum dalam tempoh dua tahun.

Sumber: New Kerala

The post Jepun Catat Kes Kematian Akibat Covid-19 Tertinggi Dalam Sehari appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*