Persimpangan Bertingkat Alam Damai, Lebuhraya SUKE Dibuka Mulai 20 Oktober 2023

Alam Damai, Lebuhraya SUKE Dibuka

Persimpangan Bertingkat Alam Damai, Lebuhraya SUKE Dibuka Mulai 20 Oktober 2023

Kuala Lumpur, 19 Oktober 2023 – Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn Bhd hari ini mengumumkan pembukaan Persimpangan Bertingkat Alam Damai di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) kepada pengguna bermula jam 12.01 tengah malam, 20 Oktober 2023. 

Persimpangan yang dibina secara bertingkat sepanjang 1.5 kilometer ini bakal menyediakan akses secara terus antara jajaran utama Lebuhraya SUKE dengan Jalan Alam Damai bagi memberikan kemudahan laluan alternatif kepada pengguna dari arah Sri Petaling dan Ulu Kelang untuk ke kawasan Alam Damai dan sebaliknya. 

Pembukaan Persimpangan Bertingkat Alam Damai ini dijangka dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di Alam Damai, Taman Connaught, Taman Len Seng, Taman Bukit Anggerik dan kawasan sekitarnya. 

Selain itu, ia turut menambah baik kesalinghubungan ke beberapa lokasi strategik seperti Ampang, Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, Sungai Besi dan Bukit Jalil sebagai alternatif untuk Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) atau Jalan Loke Yew yang sering berlaku kesesakan pada waktu puncak. 

Persimpangan Bertingkat Alam Damai ini adalah bahagian yang terakhir dibuka di Lebuhraya SUKE, sekali gus menjadi pelengkap kepada keseluruhan jajaran Lebuhraya SUKE. 

Untuk rekod, Fasa 1 dan Fasa 2 Lebuhraya SUKE sepanjang 24.4 kilometer melibatkan jajaran utama dari Persimpangan Sri Petaling sehingga Persimpangan Bukit Antarabangsa masing masing telah dibuka kepada pengguna pada 16 September 2022 dan 16 Jun 2023. 

Dengan pembukaan Persimpangan Bertingkat Alam Damai ini, kutipan tol di laluan susur keluar dan masuk baharu itu juga akan berkuatkuasa serentak.

Alam Damai, Lebuhraya SUKE Dibuka

Gambar 1: Persimpangan Bertingkat Alam Damai melibatkan pembukaan plaza tol di setiap tingkat susur keluar dan masuk iaitu Plaza Tol Alam Damai B1, B2 dan B3.

Alam Damai Lebuhraya SUKE Dibuka

Gambar 2: Susur masuk dari Alam Damai ke Lebuhraya SUKE menuju ke Sri Petaling dan susur keluar dari arah Ulu Kelang menuju ke Alam Damai. 

The post Persimpangan Bertingkat Alam Damai, Lebuhraya SUKE Dibuka Mulai 20 Oktober 2023 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*