Jepun Rancang Buang Air Radioaktif Dari Reaktor Nuklear Fukushima Ke Laut Tahun Ini

Jepun Rancang Buang Air Radioaktif Dari Reaktor Nuklear Fukushima Ke Laut Tahun Ini

Jepun dilapor akan melepaskan jutaan tan air dari stesen janakuasa nuklear Fukushima yang musnah dalam kejadian gempa bumi dan tsunami ke lautan pada tahun ini.

Air tersebut hanya dilepaskan selepas dirawat sehingga mencapai tahap kandungan radioaktif yang selamat berdasarkan piawaian kebangsaan, kata Tepco pengendali kemudahan tersebut.

Menurut Ketua Setiusaha Kebinet Jepun, Hirozuku Matsuno, pihaknya menjangkakan proses tersebut akan bermula pada musim bunga atau musim panas nanti.

Biarpun negara-negara jiran menyatakan kebimbangan mengenai keputusan tersebut, Agensi Tenaga Nuklear Antarabangsa (IAEA) bagaimanapun berkata tindakan yang mahu diambil Jepun itu adalah selamat.

Terdahulu, bencana Fukushima yang berlaku pada 2011 merupakan insiden kemalangan nuklear paling teruk di dunia sejak bencana Chernobyl.

Proses pelupusan loji berkenaan termasuk kerja pembersihan sudah dimulakan sekian lama namum proses tersebut dijangka memakan masa yang amat panjang, iaitu kira-kira empat dekad.

Stesen janakuasa tersebut menghasilkan 100 meter padu air yang dicemari bahan radioaktif setiap hari. Air berkenaan merupakan campuran air bawah tanah, air laut dan air biasa yang diguna untuk menyejukan reaktor tersebut. Air yang tercemar itu kemudian ditapis dan disimpan di dalam tangki simpanan.

Bagaimanapun, dengan jumlah air yang disimpan mencapai 1.3 juta meter padu, fasiliti berkenaan kini berdepan dengan masalah ruang tangki simpanan yang semakin terhad.

Pihak operator menjelaskan pihaknya sudah menapis hampir semua isotop radioaktif dalam air tersebut, tetapi tahap kandungan tritium masih melebihi paras yang ditetapkan dalam piawaian kebangsaan.

Pakar berkata bahawa kandungan tritium amat sukar untuk diasingkan daripada air, namun ia hanya berbahaya kepada manusia jika terdedah kepada dos tinggi.

Selain kebimbangan negara-negara jiran, keputusan tersebut turut ditentang oleh komuniti nelayan tempatan serta penduduk-penduduk di Kepulauan Pasifik.

Mereka menegaskan bahawa aktiviti ekonomi dan kehidupan mereka bergantung secara terus dengan laut dan tindakan melepaskan air dengan kandungan radioktif ke laut boleh menjejaskan hidup mereka.

BACA: Kerajaan Jepun Rancang Lepaskan Sisa Radioaktif Fukushima Ke Dalam Laut April Ini

Sumber: BBC

The post Jepun Rancang Buang Air Radioaktif Dari Reaktor Nuklear Fukushima Ke Laut Tahun Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*