Jihan Muse Mohon Maaf, Persenda Nama Bapa Azmi Saat Ketika Mengacara All Stars Gegar Vaganza

Jihan Muse mohon maaf

Jihan Muse Mohon Maaf, Persenda Nama Bapa Azmi Saat Ketika Mengacara All Stars Gegar Vaganza

Pengacara terkenal, Jihan Muse memohon maaf secara terbuka selepas dikatakan mempersenda nama bapa penyanyi Azmi Saat ketika mengacara program All Stars Gegar Vaganza pada Ahad lalu.

Memetik Sinar Harian, Jihan mengakui kesilapannya itu kerana tidak peka dan sensitif terhadap nama tersebut.

Jihan atau nama penuhnya, Nur Jihan Musa bagaimanapun menegaskan bahawa dia tidak berniat untuk mempermainkan nama tersebut apatah lagi berniat menghina.

“Mengenai isu segmen bersama Azmi Saat, saya telah berhubung dan memohon maaf secara peribadi dengan beliau pada hari Isnin lalu.

“Tiadalah niat untuk mempermainkan nama dan menghina seperti yang diperkatakan, namun saya akui ia adalah kesilapan daripada saya sendiri kerana tidak peka dan sensitif.

“Begitu juga dengan gurauan yang tidak bersesuaian yang telah dibuat. Ia tidak patut berlaku pada sesiapa pun,” ujar wanita berusia 40 tahun itu.

Perkara itu dikongsikan oleh Jihan di lama Instagram miliknya pada petang tadi.

Menurut Jihan lagi, dia sedar akan kesilapan itu dan mengambil teguran sebagai pengajaran untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang.

“Saya terima segala teguran. Segala yang buruk daripada kekhilafan saya sendiri.

“Diharap perkara seperti ini tidak berulang lagi, baik daripada saya atau sesiapa sahaja. Ia bukan perkara yang boleh dinormalisasikan.

“Semoga kami dapat menyusun skrip dengan lebih baik selepas ini,” jelasnya.

BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

Dalam program hiburan pada malam Ahad lalu, Azmi Saat telah dijemput sebagai penyanyi jemputan untuk berduet dengan penyanyi Azharina Azhar.

Semasa memanggil dua penyanyi itu masuk ke pentas untuk membuat persembahan, Jihan sempat bergurau berkaitan dengan nama bapa Azmi Saat.

Tidak berahir di situ, selesai Azmi membuat persembahan, Jihan sekali lagi bertanyakan soalan kepada Azmi sama ada beliau memandu atau menaiki motosikal datang ke program tersebut.

Pertanyaan itu juga ditegur oleh juri tetap, Datuk Ramli MS yang menganggap soalan itu adalah tidak sesuai untuk ditanyakan kepada Azmi.

Soalan itu seakan mempersendakan Azmi yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) cacat penglihatan.

Sumber: Sinar Harian

The post Jihan Muse Mohon Maaf, Persenda Nama Bapa Azmi Saat Ketika Mengacara All Stars Gegar Vaganza appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*