Empat KSU Bertukar Kementerian Bermula Esok – KSN

ksu bertukar kementerian

Empat KSU Bertukar Kementerian Bermula Esok – KSN

PUTRAJAYA — Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali mengumumkan empat Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) bertukar kementerian berkuat kuasa esok.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan hari ini.

Menerusi kenyataan tersebut, empat KSU terlibat adalah KSU Kementerian Sumber Manusia; Datuk Seri Dr Zaini Ujang yang ditempatkan di KSU Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Selain itu, KSU Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI); Datuk Seri Isham Ishak berpindah ke Kementerian Pertahanan.

KSU Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Azman Mohd Yusof pula bakal menjawat jawatan sebagai KSU Kementerian Perpaduan.

Manakala KSU Kementerian Perpaduan Datuk Noridah Abdul Rahim dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, Jabatan Perdana Menteri.

BACA JUGA: Mohd Syahir Tak Faham Aturan Kementerian – Rafizi Ramli

Dalam pada itu, Timbalan KSU MITI; Hairil Yahfi Yaacob pula dinaikkan pangkat sebagai KSU MITI menggantikan kekosongan yang ditingalkan oleh Datuk Seri Isham Ishak.

Sumber: FB Tan Sri Mohd Zuki Ali 

The post Empat KSU Bertukar Kementerian Bermula Esok – KSN appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*