JIM cari Norman Benjamin bantu siasatan kes

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memohon orang ramai membantu mengesan seorang lelaki tempatan bagi tujuan membantu siasatan dalam kes tangkapan warga asing.

JIM menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, lelaki berkenaan dikenali sebagai Norman Benjamin Wong, 30, beralamat terakhir di Daycocoon Hotel, N0. 69 & 71, Changkat Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Menurutnya, lelaki itu dikehendaki bagi membantu siasatan susulan penahanan warga asing di pusat perjudian mengikut Akta Imigresen 1959/63.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Timbalan Penolong Pengarah Imigresen (TPPI) Annur Aidil Mohamed, Ibu Pejabat JIM, Putrajaya.

“Annur Aidil boleh dihubungi di talian 03-88801325 pada waktu pejabat dan Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat,” katanya.-KOSMO! ONLINE

The post JIM cari Norman Benjamin bantu siasatan kes appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*