Penjawat awam perlu ada keupayaan, kesanggupan lakukan anjakan

KANGAR – Penjawat awam perlu mempunyai keupayaan dan kesanggupan untuk melakukan anjakan bagi mencapai tahap prestasi yang lebih baik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kalangan kakitangan awam itu juga perlu membuang budaya rasa selesa sehingga tidak mempunyai keinginan untuk memperbaiki diri.

Selain itu, katanya, setiap daripada mereka juga perlu membuang keangkuhan kuasa dan kedudukan.

“Dasar-dasar negara telah dicerakinkan dengan begitu kemas bersama wawasan serta dasar dan penjawat awam yang cukup cekap.

“Kebolehan ini banyak mengajar kita tahu tentang kita ada keupayaan dan bersedia untuk melakukan perubahan,” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Menteri bersama penjawat awam di Perlis di sini hari ini.

Terdahulu, beliau mengadap Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau dengan diiringi Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli.

Tambahnya, teguran itu bukan sahaja kepada penjawat awam tetapi tempiasnya kepada menteri-menteri, kakitangan kerajaan Pusat, negeri serta jentera pentadbiran di setiap peringkat. – KOSMO! ONLINE

The post Penjawat awam perlu ada keupayaan, kesanggupan lakukan anjakan appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*