Jisoo tunaikan dambaan peminat

SELEPAS tiga ahli lain sudah menggerakkan debut solo dan menerima impak populariti luar biasa, kini giliran yang paling dinanti-nantikan peminat Blackpink akhirnya tiba.

Jisoo, anggota terakhir Blackpink disahkan akan muncul dengan debut solo tidak lama, mengikut jejak langkah rakan-rakannya, Jennie, Rosé dan Lisa.

Agensi YG Entertainment dalam satu kenyataan mengesahkan perkara tersebut dengan memaklumkan Jisoo kini giat menyiapkan album perdananya.

Meskipun Blackpink juga sedang sibuk dengan konsert jelajah dunia, namun pelakon drama Snow Drop itu masih mampu membahagikan masa untuk persiapan album solonya.

“Ketika sedang sibuk dengan jadual konsert jelajah, Jisoo mampu menyiapkan fotografi muka depan album.

“Dia juga sempat terlibat dengan kerja produksi muzik sewaktu ada masa terluang. Semuanya demi menepati janji kepada peminat. Dia akan menyapa peminat dengan berita baik tidak lama lagi,” kata YG Entertainment.

Berita tersebut ternyata cukup menggembirakan kalangan peminat kerana pada mereka, sudah tiba masanya untuk Jisoo muncul dengan lagu sendiri.

The post Jisoo tunaikan dambaan peminat appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*