JKNJ Diminta Sediakan Laporan Penuh Kematian Adik Airiel

JKNJ Kematian Adik Airiel

JKNJ Diminta Sediakan Laporan Penuh Kematian Adik Airiel

JOHOR BAHRU — Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) diminta untuk menyediakan laporan lengkap berhubung kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun pada Isnin lalu, lapor Astro AWANI.

Exco Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon berkata, pihaknya kini telah menerima maklumat berhubung kejadian, siasatan juga sedang dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kematian.

“Saya sudah maklum berita tersebut sudah tular dan telah mengarahkan JKNJ untuk sediakan laporan lengkap.

“JKNJ akan keluarkan kenyataan dalam waktu terdekat,” ujarnya sewaktu dihubungi pada hari ini.

Terdahulu, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dilaporkan meninggal dunia sekitar jam 7 pagi Isnin lalu.

Bapa mangsa, Syahrol Azmi Mohd Hekak 42, berkata anak lelaki keduanya Airiel Syahren disahkan meninggal dunia akibat ‘septic shock secondary to meningoencephalitis’ di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

BACA JUGA: Kanak-kanak Bangladesh Ditemui Dalam Kontena Meninggal Dunia

Pada malam Ahad sekitar jam 10 malam, anak kedua dari empat beradik itu difahamkan mengalami simptom demam tidak berpeluh, kekejangan otot, muntah, terkencing, terberak dan meracau.

Menurut Syahrol, dia hanya menyangka anaknya mengalami demam biasa, maklum Sinar Harian.

“Pada mulanya, saya ingatkan dia hanya demam biasa, saya kemudiannya kejutkan dia dan suruh dia tidur di luar (ruang tamu). Mungkin di bilik itu sejuk. Lepas itu saya dengar macam bunyi benda jatuh. Kemudian saya dapati dia (anak), mengalami kram (kejung) dengan badan mengerekot di ruang tamu.

“Keadaan itu buatkan saya panik, saya telefon 999 dan disambungkan ke Hospital Kluang (Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom). Pihak hospital ada tanya, apakah anak saya ada sawan? Lagilah saya panik, tapi pihak hospital beritahu supaya mengiringkan badan anak saya. Jangan bagi dia makan atau minum dan tunggu ambulans sampai,” ujarnya sewaktu dihubungi.

Mangsa yang merupakan pelajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Lelaki Bandar Kluang termasuk adik lelaki dan ibunya mengalami demam biasa sebelum memakan ubat.

Tambah ketua keluarga itu, doktor turut memaklumkan bahawa buah pinggang anaknya terjejas dan ada radang otak.

Sementara itu, anak ketiganya, Aidil Syahren 9, kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil. Walau bagaimanapun, dia masih ditempatkan di wad.

Sumber: Astro Awani

The post JKNJ Diminta Sediakan Laporan Penuh Kematian Adik Airiel appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*