MAIS Tetap Tegas, Tarik Balik Tauliah Mengajar Agama Ke Atas Aktivis Politik

mais tegas tauliah aktivis politik

MAIS Tetap Tegas, Tarik Balik Tauliah Mengajar Agama Ke Atas Aktivis Politik

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tetap tegas untuk menarik balik tauliah mengajar agama Islam ke atas aktivis politik.

Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tersebut telah menjelaskan isu tersebut secara terperinci menerusi sebuah kenyataan yang dikeluarkan pada 7 Oktober.

Pada awal kenyataan, MAIS menjelaskan pihaknya menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang memutuskan pembatalan penarikan balik tauliah mengajar agama Islam terhadap Ustaz Dusuki Abdul Rani yang telah dikeluarkan pada 5 Oktober 2023

Jelasnya, keputusan ini adalah berdasarkan sebab ketidakpatuhan prosedur semasa proses penarikan balik tauliah dibuat.

“Keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam ini sama sekali tidak menyentuh dan tidak mempersoalkan penarikan balik tauliah atas titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang tidak memperkenan tauliah mengajar agama Islam diberikan kepada mana-mana aktivis politik.”

Tegas MAIS, titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor ini masih berkuat kuasa di Negeri Selangor sehingga ke hari ini.

BACA: Langgar Peraturan Cermin Gelap, Boleh Didenda Tak Lebih RM 2k Atau Penjara Tak Lebih 6 Bulan

Justeru, pihak tersebut menegaskan bahawa keputusan menarik balik tauliah mengajar Ustaz Dusuki dibuat selaras dengan titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Perkara ini ditentukan menerusi status keaktifannya dalam parti politik termasuk tapisan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Dalam hal ini, MAIS memutuskan untuk tidak membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam tersebut atas alasan, antara lain, rayuan yang difailkan ini hanya bersifat akademik semata-mata kerana tempoh tauliah mengajar agama Islam Ustaz Dusuki Abdul Rani telah pun tamat pada 30 Jun 2023.”

MAIS menjelaskan isu penarikan balik tauliah Ustaz Abdullah Khairi

BACA: “Tak Sangka Seumur Hidup Dapat Pakai Kereta Baru”, Ayah Sebak, Anak Hadiahkan Proton X50

Seterusnya, MAIS merujuk kepada keputusan isu penarikan balik tauliah mengajar agama Islam melibatkan penceramah Ustaz Abdullah Khairi.

Sekali lagi MAIS menegaskan bahawa keputusan tersebut juga dibuat selaras dengan titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

“Tindakan penarikan balik tauliah ini dibuat mengikut Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008 dan pemegang tauliah yang terkesan diberi ruang untuk membuat rayuan kepada MAIS.”

Pada akhirnya kenyataan, MAIS menyeru semua pihak agar tidak mempolitikkan isu penarikan balik tauliah mengajar agama Islam.

Justeru, pihak berkenaan meminta orang ramai untuk menghormati titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang tidak memperkenan tauliah mengajar agama Islam diberikan kepada mana-mana aktivis politik.

Keputusan ini diibuat kerana terdapat kekhuatiran bahawa platform tersebut akan disalahgunakan untuk kepentingan mana-mana pihak.

“… dikhuatiri ia boleh disalahgunakan untuk kepentingan mana-mana parti politik yang akhirnya akan membawa kepada fitnah, perselisihan dan perpecahan umat Islam di Negeri Selangor,”

BACA: Ramai Tak Jangka, Ini ‘Bencana’ Menanti Jika Talian Internet Tiba-tiba Hilang Di Seluruh Dunia

Sumber: MAIS

 

The post MAIS Tetap Tegas, Tarik Balik Tauliah Mengajar Agama Ke Atas Aktivis Politik appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*