Johnny Depp Dipercayai “Sign” Kontrak Termahal Bersama Dior

Johnny Depp Dior

Johnny Depp Dipercayai “Sign” Kontrak Termahal Bersama Dior

AMERIKA SYARIKAT —  Pelakon Hollywood terkenal, Johnny Depp dipercayai telah menandatangani kontrak bersama jenama wangian terkemuka, Dior bernilai lebih RM90 juta ( $20 juta), lapor The Independent.

Menurut sumber, Dior telah menawarkan lanjutan tiga tahun kontrak terhadap bintang Pirates of the Caribbean itu. Perjanjian itu merupakan kontrak wangian termahal pernah ditandatangi dalam sejarah.

Gambar: Christian Dior

Difahamkan, harga kontrak yang ditawarkan kepada Depp melebihi perjanjian Robert Pattinson bersama Dior Homme bernilai RM54 juta ($12 juta). Manakala Brad Pitt berjumlah lebih RM31 juta ($7 juta) bersama Chanel No 5.

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat induk Dior LVMH, Bernard Arnault berkata, faktor utama kejayaan luar biasa wangian itu didorong oleh imej pelakon itu.

Beliau berkata demikian sewaktu pembentangan kewangan pada Januari lalu.

Johnny Depp Dior
Gambar: Dior

Walau bagaimanapun, syarikat wangian itu masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kontrak bersama pelakon berusia 60 tahun itu.

Untuk makluman, Depp telah menjadi duta wangian lelaki Dior iaitu Dior Sauvage sejak tahun 2015.

BACA JUGA: Johnny Depp Taknak Marah-Marah Amber Heard Dah, Nak ‘Move On’

Menang Saman Fitnah 

Gambar: Disney Enterprises

Terdahulu, pelakon berkenaan dilaporkan telah memenangi tuntutan saman terhadap bekas isterinya, Amber Heard, lapor Sky News.

Keputusan itu dibuat selepas hakim memutuskan bahawa artikel yang diterbitkan dalam The Washington Post pada 2018 adalah fitnah.

Kes berkenaan telah mendapat perhatian media ekoran Depp telah mendapat sebanyak RM65 juta ($15 juta) yang terdiri daripada pampasan ganti rugi RM43 juta ($10 juta) dan ganti rugi punitif sebanyak RM21 juta ($5 juta).

Saman Bekas Isteri

Sementara itu, pelakon Pirates of The Caribbean itu telah menfailkan saman terhadap Heard sebanyak RM 219 juta ($50 juta). Ia berhubung dengan artikel yang diterbitkan dalam The Washington Post yang merujuk dirinya sebagai ‘Tokoh awam yang mewakili penderaan domestik’.

Tambah Depp, walaupun dalam artikel berkenaan tidak menyebut namanya. Namun, ia ditafsirkan sebagai fitnah secara tersirat kerana merujuk kepada dakwaan penderaan yang dibuat oleh Heard selepas pasangan itu bercerai pada 2016.

BACA JUGA: Johnny Depp Dilapor Bakal ‘Comeback’ Dalam Pirates Of The Caribbean, Perjanjian RM1.3 Bilion Bersama Disney

Sumber: The Independent,

The post Johnny Depp Dipercayai “Sign” Kontrak Termahal Bersama Dior appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*