Kedudukan Matahari Tepat Di Atas Kaabah Pada 27 Mei Ini, Peluang Semak Arah Kiblat

matahari atas kaabah mei

Kedudukan Matahari Tepat Di Atas Kaabah Pada 27 Mei Ini, Peluang Semak Arah Kiblat

Seluruh Umat Islam di Malaysia boleh membuat semakan dan panduan pengesahan arah kiblat yang tepat sempena dengan fenomena Istiwa A’dzam yang akan berlaku pada Isnin 27 Mei ini, tepat jam 5.18 petang.

Menurut perkongsian Planetarium Negara, pada waktu berkenaan, matahari akan berada tepat di atas Kaabah di Masjidil Haram dan akan menghasilkan bayang-bayang.

“Pada Isnin, 27 Mei 2024, tepat jam 05;18 petang, Matahari akan berada tepat di atas bandar Mekah di mana terletaknya Kaabah yang merupakan kiblat bagi Umat Islam di seluruh dunia.

“Pada ketika itu, bayang-bayang sinaran Matahari bagi semua objek tegak yang ada dipermukaan Bumi akan menghala ke arah Kaabah.

“Lakaran bayang-bayang objek tegak pada ketika dan tarikh itu boleh dijadikan sebagai panduan bagi menentukan atau mengesahkan arah kiblat secara semula jadi,” maklum kenyataan tersebut.

BACA: Seorang Kanak-Kanak Maut Setiap 10 Minit Di Gaza, Kata UNRWA

Fenomena Istiwa A’dzam

Menurut JAKIM, fenomena ini dikenali sebagai Istiwa’Adzam apabila kedudukan Matahari berada di titik zenith di mana nilai sudut Isitwa Matahari akan bersamaan dengan nilai latitud Mekah (Kaabah).

Jadi apabila Istiwa A’dzam atau Istiwa utama Matahari berlaku, bayang-bayang objek tegak secara tidak langsung akan menunjukkan arah ke Kaabah atau kiblat. Ia biasanya hanya berlaku dua kali dalam setahun pada bulan Mei dan Julai.

Fenomena ini juga adalah kaedah tradisional falak untuk menyemak dan menentukan kiblat di mana-mana kawasan yang ada di Bumi ini.

Panduan semakan arah kiblat

1. Buat di kediaman atau premis yang diingini

Semakan arah kiblat boleh dibuat di kediaman atau kawasan yang diingini pada waktu yang ditetapkan dengan layari laman web Sirim (mst.sirim.my) untuk waktu yang tepat di Malaysia.

2. Guna objek lurus dan tegak

Individu perlu menggunakan objek yang lurus dan tegak seperti tiang atau dinding atau tingkap rumah dan lain-lain. Perkara itu boleh juga dibuat menggunakan kayu lurus.

3. Bayang-bayang terhasil adalah arah kiblat

Kemudian, bayang-bayang yang terhasil daripada objek tersebut merupakan arah kiblat.

4. Tandakan arah kiblat

Tandakan arah tersebut menggunakan pen penanda atau pita pelekat supaya arah tersebut tidak lari daripada asal.

Sekiranya terdapat perbezaan apabila menggunakan aplikasi arah kiblat di telefon pintar, orang ramai perlu merujuk kepada Pegawai Falak, Jabatan Mufti Negeri untuk maklumat lanjut.

Sumber: Planetarium Negara

The post Kedudukan Matahari Tepat Di Atas Kaabah Pada 27 Mei Ini, Peluang Semak Arah Kiblat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*