You Boleh Gelak Kerana You Buat Perkara Itu – Anwar

gelak anwar

You Boleh Gelak Kerana You Buat Perkara Itu – Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin turut melakukan perkara yang ‘tidak baik’ semasa beliau menjelaskan mengenai perintah melepas tanpa membebaskan (DNAA).

Perkara tersebut menyebabkan kekecohan berlaku di Dewan Rakyat petang tadi.

“Ia tidak memuaskan semua pihak, kerana mereka menyatakan bahawa ini ialah sesuatu hal yang baru, seolah-olah Perdana Menteri campur.

“Tan Sri Yang Dipertua, kita cakap hukum, kita cakap keadilan. Tetapi kita boleh menghukum orang hanya dengan andaian. Bila peguam negara buat keputusan, saya tanya dia.

“Saya bukan bincang keputusan dia, saya tanya dia apa alasan itu yang dia bagi 11 alasan, saya minta penjelasan,” katanya, sebelum disambut dengan bunyi gelak dari arah pembangkang.

“You boleh gelak Putrajaya, kerana you buat perkara itu. Masa pentadbiran you buat perkara itu. Yes,” kata Anwar, dituju ke arah Radzi.

“Yang Dipertua, ini sangkaan jahat saya mohon tarik balik,” kata Radzi.

“Tiada tarik balik,” ujar Anwar.

“Tuan speaker, tiada kaitan dengan saya, tarik balik Perdana Menteri,” kata Radzi lagi.

Radzi kemudiannya mengulangi ayat tarik balik hingga beberapa kali selain ahli-ahli Pembangkang turut meminta Perdana Menteri menyertakan bukti tuduhannya.

Manakala, Ahli Parlimen Hulu Langat Sany Hamzan meminta supaya Radzi untuk duduk kerana tuduhan yang dibuat Anwar adalah bersifat benar.

“Itu sangkaan betul. Teruskan sangkaan betul itu Perdana Menteri,” katanya.

“Tarik balik,” kata Radzi sambil menyatakan Peraturan 36.

“Kalau semua bercakap saya nak buat keputusan macam mana?” soal Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

“Tiada maruah Perdana Menteri. Perdana Menteri tidak bermaruah,” kata Radzi lagi.

Bagaimanapun, Anwar masih tegas dengan pendiriannya di mana beliau tidak akan menarik semula kenyataan yang dibuat sebentar tadi.

“Speaker perlu adil, (Anwar) jelas menuduh saya tanpa sebarang bukti. Saya tidak akan duduk,” ujar Radzi.

“Dirilah tiada masalah,” jawab Anwar.

BACA: ‘Hari Ini Kita Menang Esok Minyak Turun’ Dipersetujui Oleh Keadilan, DAP & PAS, Dakwa Anwar

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr. Mohammed Taufiq Johari meminta Radzi duduk untuk memberi ruang kepada Anwar memberi penjelasan kepada kenyataannya.

“Adakah Tambun stand dengan keputusan tadi, maknanya yakin dengan perkara itu, saya nak tanya. Kalau dia yakin, yakinlah. Nak buat macam mana? Silakan,” kata Johari.

Anwar kemudiannya tidak dapat menyatakan penjelasannya susulan Radzi masih bertegas mahu Perdana Menteri menarik semula tuduhan ke atasnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin turut menyokong keputusan Radzi berkaitan tuduhan yang dibuat Anwar.

“Tarik balik, maruah Putrajaya. (Anwar) Perdana Menteri, beliau tak boleh cakap macam itu. You are number one, we respect you,” katanya.

Sumber: Awani

The post You Boleh Gelak Kerana You Buat Perkara Itu – Anwar appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*